news@Khalilah Asma
Thursday, December 22, 2011
Adik@Tahniah
TAHNIAH Adik, dapat 5A..
Kak Ngah amat berbangga dengan MU..
walau jauh dari keluarga, kamu masih dapat berdikari..alangkah bagus jika arwah abah dapat tahu engkau cemerlang dalam peperiksaan PMR mu..biarlah tak dapat straight A pun..pencapaianMu tetap bagus..sebabnya kamu kan malas..tapi lagi terkejut lah..sebab Adik Alif ni suka main-main..Kak Ngah tak marah pun, bangga ada lah..doa Kak Ngah SPM buat yang terbaik lagi dan tetapkan cita-citaMu..jika kita mempunyai cita-cita pasti ada hala tuju dan ambil iktibar daripada kesilapan orang lain di sekelilingMU..
dan yang paling utama jangan lupa jadilah orang yang beriman...
Merempit
Malam ni tak ada mood nak buat Projek Sarjana tu..rasa nak menaip jer..rindu..lama ruangan ni tak update..!pemalas kah aku!takda masa!busy?.. ya lah sangat-sangat ker..
macam-macam yang perlu dihadapi sebelum nak senangkan..biasalah lumrah hidup..
teringat pula kat NADEEYA, dulu masa belajar UNIMAP naik moto dia RG884, inat lagi hujan panas bersama macam couple..dia memang kawan baik sayerr..saya bangga dengan dia tabah dan dapat sambung master kat UTM plak..kat sini saya bersusah senang dengan HAWA, motornya WPV225, itulah kenderaan rasmi kami selama setahun setengah..kadang-kadang sampai Batu Pahat, nasib baik kawan baik sayerr ni terror bawa motorr lau tidak tak merasa jalan2 sampai saner dengan motor..yang tak lupa sebelum balik kampung tu smepat lagi rempit ke BP, pas tu hujan lebat, melepaklah di bawah bangsal untie ni..tumpang jer pun..tak duduk pun tapi nampaknnya untie tu tak suka..habis dikemasnya kerusi-kerusi dan di simpan dalam rumah..kelakar..takot kami duduk kot..tapi yang heran sikit masa belajar sini, jalan-jalan kat sini sangat sibuk..hanya orang yang kental saja dapat bawa kenderaan kat sini..kental gitu..tak tau istilah yang terbaik..but than..thank for all my friends...selalu tumpangkan sayerr..
16 Disember 2011
Tercatat sejarah dalam diari hidupku bermula pukul 1.30 tengahari 16 Disember 2011 sehingga 8.30 pagi 17 Disember 2011, daku berada di library kesayangan kami(huuhu bila nak cari buku atau buat kerja..kalu tidak..hmmm tak nampak batang hidung pun kat library)..hahhhh library Universiti Tun Hussein Onn Malaysia...mungkin selepas ini daku tak datang lagi melepak di sini..ni dalam sisa-isa menghabiskan master ku dalam tak sampai sebulan lagi jika dicongak campur, tolak semuaanya...mungkin selepas ni bolehlah melepaskan penat lelah belajar sedikit...yang satu lagi impian PhD tu..biarlah tertangguh dulu..sabar...wait..Phd..rindu pula nak ambik Biomed semula..ahrrggg betul--betul rindu suasana hospital..berhadapan dengan mesin-mesin..sebenarnya daku tak betah berhadapan dengan ramai insan-insan di hadapanku..tapi kena hadapi jua....juaaa
dan nak atau tak nak..kena sebab daku akan bergelar pendidik tidak lama lagi..insyaAllah...berangan tu penting..tak payah bayar..best lagi kalau jadi reality..
jadi pensyarah biomed pun lagi suka..
ni kenangan dengan HUDA kat library..
HUDA..ingat kenangan kita..macam tak percaya plak boleh stay lama kat library
Thank for the roti canai with (caker)..
haha mula-mula tak tahu aper tu caker..rupanya kaki ayam..sedap roti canai dia dan kuah kari..
it not too easy..
Monday, October 3, 2011
Sunday, October 2, 2011
Awal bulan 10
Kebetulan sahabatku belum lagi memijak bumi Melaka, dakupu tumpang sekaki..berbekalkan makanan yang kami masak..indahnya makan berbekal, perasaan lain dari suasana kampus..mesranya kami duduk di Dataran pahlawan sambil-sambil makan kek, pelbagai ragam manusia kami tengok, ada juga sekumpulan pelajar sedang bermain bola jaring...ada yang melepak, ada suami isteri sedang bersembang, ada yang menyakitkan mata pun ada, xlarat nak cerita di sini..cabang hidupku makin bercabang.. arahnya harus daku pikir..kini 2011 makin hendak melabuhkan tirai..daku masih lagi lemah-longlai..YA Allah bagi kan daku kekuatan untuk menyusun jadual hidupku agar teratur...
Wednesday, August 17, 2011
IMAN VS MATLAMAT
PERSOALAN tentang hingus di bulan puasa..
bagaimanakah dalam bulan puasa,hukum bagi telan air liur,saya melihat
ramai yang meludah di bulan puasa,dlam solat dikatakan tidak boleh telan
air luir,jadi jika di bulan puasa,bagaimana keadaan seorang yang mempunyai
penyakit dimana bila membaca surah,air liur memenuhi rongga mulut,nak
telan, puasa,dan nak ludah pula,dalam solat....saya sendiri alami penyakit
ini...
dan tidak wajar ditelan. Akan tetapi bagi mereka yang telan lendir
tersebut, Tertelan air liur adalah tidak batal puasa, jika tertelan air
liur yang bercampur denga air kumuran juga tidak batal puasa kecuali
disengajakan.
Tidak batal solat seseorang sekiranya beliau menelan air liur
Jawapan
Assalamualaikum,
Jumhur fuqaha' berpendapat tidak batal puasa menelan air liur (saliva).
Air ludah termasuk dalam sesuatu yang amat sukar dihindari seperti juga
dengan debu jalanan, debunga dan serbuk tepung. Madzhab Syafi'iy
berpendapat batal puasa jika menelan kembali air liur yang telah keluar
dan berada di antara dua bibir, begitu juga batal puasa menelan kahak dan
hingus di atas alasan ahak dan hingus termasuk sesuatu yang boleh
dihindarkan. Hukum menelan Lendir selsema atau hingus semasa berpuasa
adalah sama sahaja dengan hukum menelan air liur. Jika seseorang itu telan
air liur atau atau hingus (mucus) tidaklah membatalkan puasa. Apa yang
dinasihatkan oleh ulama ialah agar lendir atau hingus tadi dikeluarkan.
Jika seseorang itu berada didalam masjid, bolehlah diludahkan kepada
kertas tissue. - [Al-Lajnah al-Daa'imah Lil-Buhuth wa Al-Ifta', 1/270]
Sheikh Utsaimin mensifatkan lendir hingus ini sebagai sesuatu yang kotor,
Rujukan:
http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/31394
BEStnyer...
Sunday, July 3, 2011
Bukit Tujuh..
Sunday, June 26, 2011
cantik Vs buruk
TidaK MaLu..
Sunday, May 15, 2011
SMK Mahmood Iskandar, Parit Raja
Masa Kem Motivasi Kat Sekolah ni..saya jadi fesi..bestnyee ceramah oleh Prof Yusuf Jamar..berisi dan kelakar..tapi tahun ni jer dia ada..tahun depan dah pencen dah..
Ni senarai ahli group saya..bagus..adik2 kat sekolah ni sporting n best..saya ada berjanji nak bagi hadiah kat mereka jika mereka berjaya dalam PMR ataupun SPM..tapi syaratnya mereka kena contact saya..
1-Nur Alia Bt Saadon-Alia(cita-cita usahawan)
2-Farahida Bt Moktar-Farah(cita-cita doktor)
3-Izzati Bt Mazlan-Izzati(cita-cita polis)
4-Norazra bt Mazlan-Azra(cita-cita pakar forensik ICT)
5-Nurul Amira Bt Ngadiman-Mira(cita-cita pegawai bank)
6-Noraihana Bt Mazlan-Raihana(cita-cita pramugari)
7-Mohd Afiq Bin Khir-Afiq
8-Mohd Asrul Nazri Bin Abu Naim-Nazmi(cita-cita jurutera)
9-Mohd Farid Bin Jamil-Farid-(cita-cita guru bahasa BM&BI)
10-Mohd Fahmi Binj Nordin-Fahmi(cita-cita guru BI)
11-Mohd Faharul Rafi Bin Ismail-Rafi(cita-cita askar)
Sunday, May 1, 2011
Menyentuh hatiKu....
kala hatinya dirundung pelbagai kekangan dan tututan dunia...
arrrhhh...terjumpa yang menyentuh hati..
terima kasih yang sudi mengarang sajak sebaik ini..
ini penghargaan ikhlas dari ku...manfaatkan bersama...
SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
NESCAYA CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA.
SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAI
ORANG YANG KITA CINTAI,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
KITA AKAN TURUT MENCINTAI
ORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA.
YA ALLAH,
ANDAINYA DIA ADALAH JODOH YANG DITETAPKAN
OLEH-MU KEPADAKU,
MAKA CAMPAKKANLAH DALAM HATIKU CINTA KEPADANYA ADALAH
KERANA-MU,
DAN CAMPAKKANLAH DALAM HATINYA,
CINTA KEPADAKU ADALAH KERANA-MU.
NAMUN,
ANDAINYA DIA BUKANLAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU,
BERIKANLAH KU KEKUATAN AGAR PASRAH DALAM MENGHARUNGI UJIAN,
YANG KAU BERIKAN KEPADAKU.
YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH CINTA,
CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTAI-MU.
YA MUHAIMIN,
JIKA AKU JATUH CINTA,
JAGALAH CINTAKU PADANYA AGAR TIDAK MELEBIHI CINTAKU PADA-MU.
YA RABBANA,
JIKA AKU JATUH HATI,
JAGALAH HATIKU PADANYA AGAR TIDAK BERPALING PADA-MU.
YA RABBUL IZZATI,
JIKA AKU RINDU,
RINDUKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYAHID DI JALAN-MU.
YA ALLAH,
JIKA AKU RINDU,
JAGALAH RINDUKU PADANYA AGAR TIDAK LALAI AKU MERINDUI SYURGA-MU.
YA ALLAH,
JIKA AKU MENIKMATI CINTA KEKASIH-MU,
JANGANLAH KENIKMATAN ITU MELEBIHI KENIKMATAN INDAHNYA BERMUNAJAT DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIR-MU
YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH HATI PADA KEKASIH-MU,
JANGANLAH BIARKAN AKU TERTATIH DAN TERJATUH DALAM PERJALANAN PANJANG MENYERU MANUSIA KEPADA-MU.
YA ALLAH,
JIKA KAU HALALKAN AKU MERINDUI KEKASIH-MU,
JANGAN BIARKAN AKU MELAMPAUI BATAS SEHINGGA MELUPAKAN AKU PADA CINTA HAKIKI DAN RINDU ABADI HANYA KEPADA-MU.
ku petik dari tazkirah.wordpress dalam bingkisan doa...
Tuesday, April 19, 2011
Monday, April 18, 2011
PESAN IBU..
Kata Ibu…pengorbanaan itu perlu dengan keiklasan sepenuhnya…arrrrrhhhh payah untukku hadam…pesananannya pengorbanan kepada orang lain perlukan ikhlas sepenuh hati agar tidak timbul ungkit –mengungkit di kemudian hari…betul..ikhlas itu subjektif..ia tidak nampak..tapi ia boleh dizahirkan dengan perbuatankan tapi soal hati hanya ALLAH sahaja yang tahu…
Dalam sedar ataupun tidak..jika kita berserabut ataupun memerlukan seseorang untuk meluahkan atupun berbicara..Allah lah tempat yang tepat? Kenapa saya berkata begini? Ini kerana ketenangan itu milik Allah..dia yang beri pada kita..walaupun kita dah berbakul meluahkan masalah kita pada kawan kita, ia tetap tidak selesai apatah lagi jika apa yang kita luahkan itu bukan pada orang yang sepatutnya ataupun luahan tidak tepat..ia pasti akan wujud pergaduhan ataupun fitnah..bagi saya akhirnya saya akan memilih berdiam diri kerana lama-kelamaan Allah akan bagi ketenangan kepada kita jika kita memaafkan orang lain…
Aku Ingin MencintaiMu Setulusnya
Tuhan betapa aku malu
Atas semua yang Kau beri
Padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa
Entah mungkin karna ku terlena
Sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali
Agar aku kembali
Dalam fitrahku sebagai manusia
Untuk menghambakanMU
Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMU
Reff:
Aku ingin mencintaiMU setulusnya,
Sebenar-benar aku cinta
Dalam do`a
Dalam ucapan
Dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekatiMU selamanya
Sehina apapun diriku
Kuberharap untuk bertemu denganMU ya Rabbi
Dari Kumpulan-Edcoustic
Monday, March 14, 2011
LEGA..
Tudung terkini..
Tengahari itu sementara menantikan zohor….aku pinjam buku An-nur daripada teman sebilikku….rehatkan minda sekejap…ku singkap satu persatu helaiannya….lama dah tak membaca an-nur ni..apatah lagi membeli untuk tahun ini…aku tertarik dengan artikel berkenanaan tudung…betullah kata pengarang itu…kalau nak bertudung, kena ikut syariat bukannya hasil gabungan fesyen semata-mata dan ditambah dengan pakaian ketat mengikut bentuk tubuh badan…..ramai sekarang kita tengok semuanya cantik-cantik dengan gaya tudung berwarna-warni tapi sayangkan…..renungkanlah..tidak ikut syariat…aku masih lagi fesyen yang lama…kolot?tidak kemas?kolot biarlah di mata manusia bukan di mata penciptaku…tidak kemas?memang salah aku…sebabnya tudung besar macam manalah nak menggayakannya pelik-pelik..just simple tapi puas hati tiada mata memandang ke tempat lain…bukan bertudung untuk menutup apa yang tidak patut kena bertudung kerana memenuhi syariat Allah…kalau tak ikut syariat macam mana nak dapat pahala tu..ambiklah sedikit masa daripada 24jam yang kita ada itu untuk renungkan..ingatan buat diriku juga sesungguhnya manusia dalam keadaan yang lalai dan berpesan-pesanlah ke arah kebaikan..
Friday, March 11, 2011
REMPIT mUSliMAh
Communication skill
Thursday, March 3, 2011
Tawakal....AHH...baru daku faham...
Malam ini baru faham hakikat sebenar, kita selalu dengar “berusaha bersungguh-sungguh baru bertawakal”…..sebenarnya konsepnya macam ni….kenyataan itu agak tidak benar kerana kita perlu mendahulukan Allah di setiap permulaan urusan kita….maksudnya kita bertawakal bermula saat kita melakukan sesuatu perkara sehingga selesai perkara tersebut…bukannya selepas berusaha habis–habisan baru kita bertawakal kepada Allah..mana letaknya Allah disisi kita jika kita berusaha dulu,baru minta pada Allah, tak adil bukan? Meletakkan Allah yang kedua dan yang pertama adalah usaha kita? Sedangkan siapa yang mengizinkan sesuatu perkara itu berlaku?Semuanya Allah.Pastikah?Kita boleh lulus peperiksaan dengan berlandaskan usaha kita membaca buku semata-mata?JIka ditakdirkan Allah nak uji kita semasa peperiksaan tu..kita blurrr….tak ingat yang kita abaca..hahh..bagaimana? kat situ baru kita ingat Allah kan….Jadi..untuk betulkan semula fahaman kita yang ibarat mengikut sahaja tanpa soal selidik…kita kena bertawakal setiap masa pada Allah…berusaha kerana Allah…kita nak dapatkan pahala..bukannya usaha kita itu yang memberikan kejayaan pada kita. YANG MEMBERINYA ADALAH…….ALLAH S.W.T semata-mata…THANK YOU ALLAH…BECAUSE YOU MAKE ME LOVE YOU MORE THAN BEFORE……;)
Wednesday, March 2, 2011
TErima Kasih MAK....
Mak...
Saturday, February 26, 2011
Muhasabah Cinta
Friday, February 25, 2011
TEMAN...
Phone
Antara telefon dan al-quran?
Petua murah rezeki...
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
Tertarik daku dengan riwayat ini, ya hari-hari kita kena istigfar, at least 100x…mg daku sentiasa thabat dalam melakukannya…Dalam suka dalam duka, moga lidahku hanya milikMu YA RABBI…Di bawah ini banyak lagi petua untuk murah rezeki…ahhh…yang dhuha dan tahajudd tu…daku masih lagi ponteng..hmmm macam mane nak rezeki murah…daku masih lagi kena usaha..pengajaran dan update lagi petua yang bawah ni.…Ida…
Petua Murah Rezeki
Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3) Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
+ Diambil dari blog Fairuz Sulaiman. Diberikan sentuhan indah olehOh! Islam.
OHISLAM: KONGSILAH WALAU DENGAN SATU AYAT.