news@Khalilah Asma
Saturday, February 26, 2011
Muhasabah Cinta
Friday, February 25, 2011
TEMAN...
Phone
Antara telefon dan al-quran?
Petua murah rezeki...
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
Tertarik daku dengan riwayat ini, ya hari-hari kita kena istigfar, at least 100x…mg daku sentiasa thabat dalam melakukannya…Dalam suka dalam duka, moga lidahku hanya milikMu YA RABBI…Di bawah ini banyak lagi petua untuk murah rezeki…ahhh…yang dhuha dan tahajudd tu…daku masih lagi ponteng..hmmm macam mane nak rezeki murah…daku masih lagi kena usaha..pengajaran dan update lagi petua yang bawah ni.…Ida…
Petua Murah Rezeki
Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3) Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
+ Diambil dari blog Fairuz Sulaiman. Diberikan sentuhan indah olehOh! Islam.
OHISLAM: KONGSILAH WALAU DENGAN SATU AYAT.
SuATU HAri JAlan-JAlan di sekeLILING KaMpung
JAuRin Di MeLaKa LaGi...
JAuRin Di MeLaKa LaGi...
JAuRin Di MeLaKa
Sunday, February 13, 2011
JAURIN DI MELAKA
- Nilai tautan ukhuwah itu..
- Manfaat berjalan sambil mengaitkan dengan sejarah ISLAM kita..
- Yang paling penting slot "BERINTERAKSI DENGAN AL_QURAN" masyaallah..best sangat..antara orang yang baca tafsir biasa dan yang belajar 0r ada ilmu..dia boleh kaitkan dengan diri kita sendiri...ia bukan sahaja untuk NABI MUHAMMAD...ia diberikan untuk kita semua....YA ALLAH...the miracle of QURAN....it a lot....uncountable...the situation yang the word is pair..such as..got men and women, syurga n neraka..wahhh..memang cantik..just very nice! dapat tafsir surah AD_DHUHA....ada ayat memujuk, mengungkit dan perintah...hahhh..rupa-rupanya Allah juga memujuk NABI kita...NABI pun pernah down....Lepas turun AD_Dhuha..turun pula AL-Insyirah..pun nak pujuk NABI...tengok ayat yang kelima...setiap kesulitan pasti ada kesenangan....itu juga ayat yang daku rujuk bila down....wahhh..memang kena..kena sangat dengan situasi saya...kalau tak kena..kita tak merasanya..
- Recontruction group discussion....it hard for half of us....bout we must accept it..just take for granted!
- Ya Allah kuatkan kami dalam mencari jalanMU...
- Pengorbanaan sahabat-sahabat terdahulu demi menegakkan ISLAM....Contohnya Khabab...Muaz....
- Masjid yang dilawati MASJID SELAT MELAKA...cantik mengadap laut...selat Melaka..
- At least....get new experinence and know more people and culture...
- Tal lupa juga dapat rasa BUAH MENTEGA...mak niza cakap ia digunakan untuk buat coklat...rase macam buah pear yang lembut...
- Terima kasih buat nenek niza yang bagi pinjam rumah dan segala yang barang-barang yang diinfakkan.
meraikan perbezaan -orang lain tidak boleh jadi seperti saya.
Pagi tadi, saya nyaris merempuh sebuah kereta ketika hendak memasuki jalan utama. Pemandunya membunyikan hon marah. Saya pun membalas suara hon kenderaannya dengan mengajuk bunyinya. Kami saling bertukar-tukar cebikan. Saya mengagak, dia memarahi saya kerana hendak memotong laluannya. Saya pula memarahinya kerana terkejut.
Kemalangan itu hampir terjadi kerana dia tidak memasang lampu keretanya. Waktu itu sudah 7.00 pagi, tetapi keadaan masih gelap. Walaupun saya boleh nampak jalan raya tanpa memasang lampu, saya masih menyalakannya kerana mahu pemandu lain nampak akan kehadiran kereta saya. Orang lain kesemuanya memasang lampu kecuali kereta itu.
Pemandunya berfikiran, lampu kenderaan hanyalah untuk menyuluh jalannya. Oleh kerana dia sudah nampak jalan, maka dia mula memadam lampu. Dia tidak sedar kalau dia masih memasang lampu, dia membantu orang lain melihat akan kehadiran kenderaannya. Justeru, kemalangan boleh dielakkan.
Bagaimana pun, itu hanyalah pendapat saya. Mungkin dia memadam lampu kerana sudah tidak memerlukannya. Saya pula masih memasang lampu kerana mahu orang lain nampak dan mengelak dari melanggar kereta saya. Masing-masing ada rasional yang tersendiri.
Namun, oleh kerana mahu orang lain berfikiran seperti kita, maka kita marah bila ia tidak berlaku. Padahal, kita tidak boleh marah jika orang lain tidak ikut apa yang kita inginkan kerana mereka tidak boleh menjadi kita. Biasanya, perselisihan faham beginilah yang seringkali terjadi di antara suami-isteri, ibu-bapa, atau di kalangan mereka yang sama setempat kerja.
Si isteri minta suami bangun pagi untuk menemankannya ke pasar. Baginya, barang basah lebih segar dan pilihan lebih banyak bila pergi awal. Si suami pula tidak mahu bangun cepat kerana pada pendapatnya, lagi sedikit pilihan, lagi cepat isterinya selesai membeli belah. Ia menjimatkan masa. Oleh kerana kedua-duanya mempunyai pandangan masing-masing dan mahukan yang seorang lagi akur dengan caranya, maka akhirnya mereka bermasam muka.
Si ayah yang dahulunya mengambil peperiksaan STPM hingga 5 kali untuk memasuki universiti akan berasakan ketekunannya belajar siang dan malam selama bertahun-tahun adalah cara terbaik untuk layak masuk ke universiti. Kerana itu, si anak juga dipaksa belajar mengikut cara lamanya; siang dan malam, tanpa TV, muzik dan tanpa internet. Sedangkan bagi si anak, TV, muzik dan internet adalah santapan minda ketika belajar. Mana mungkin si anak mendengar nasihat si ayah kerana dia sudah terdedah dengan pelbagai bentuk kerehatan sejak kecil lagi?
Di tempat kerja, cara seseorang itu beribadah juga boleh menimbulkan tanggapan yang negatif bagi orang lain. Jika si A yang dapat melakukan banyak solat sunat, dia tidak boleh berasakan yang rakannya si B yang tidak langsung melakukan solat sunat sebagai orang yang kurang beribadah daripadanya. Mungkin bagi B, dia memilih untuk banyak bersedekah tanpa pengetahuan si A. Sudah tentu si B buat-buat tak dengar bila si A menyarankan agar dia memperbanyakkan solat sunat.
Soalnya, mengapakah kita mahu orang lain jadi seperti kita? Mungkin sekali kerana cara yang kita temui itu telah menghasilkan yang terbaik dan paling berjaya, kita beranggapan bahawa cara itu juga paling bagus untuk semua orang. Dalam keghairahan agar orang lain menuruti formula kejayaan diri, kita memaksa orang lain turut mengikutinya. Akhirnya, apabila orang lain tidak mahu peduli, kita pula yang marah. Sedangkan marah kita itu tidak berasas kerana dia bukan kita.
Ada juga di antara kita yang menggunakan kedudukan sebagai ketua atau yang lebih berkelayakan untuk memaksa orang lain mengikuti cara kita. Tidak dinafikan, cara paksaan boleh menghasilkan kejayaan. Tetapi, mereka yang mematuhinya mungkin hanya akur kerana minda dan hati mereka terpasung. Apabila kita tiada, maka masing-masing akan ikut cara sendiri-sendiri. Ini terjadi tidak kira di dalam negara, organisasi mahupun institusi keluarga.
Justeru itu, untuk apakah kita mahu orang lain menjadi seperti kita? Bukankah manusia itu diwujudkan dengan pelbagai perbezaannya? Alangkah bosannya kita jika kita semua berfikiran dan bertindak serupa. Kita bukannya robot. Sebaliknya kita adalah manusia yang punyai hati dan perasaan. Raikanlah perbezaan meskipun dalam pergeseran.
I luv islam-13/2/2011
Hadis Qudsi-7 kelebihan Al-Fatihah
Berkata Ubay bin Ka’ab r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Aku telah turunkan tujuh ayat, tiga daripadanya untuk Aku, dan tiga untuk engkau, sementara yang satu lagi antara Aku dan engkau.
Adapun tiga yang untuk Aku, iaitu: Alhamdulillahi Rabbil Aalamiin (Segala pujian bagi Allah, Tuhan seru sekalain alam), Ar-Rahmaanir-Rahiim (Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang), dan Maaliki Yaumiddiin (Yang Menguasai hari kiamat).
Yang antara Aku dan engkau ialah: Iyyaaka Na’budu Wa Iyyaaka Nasta’iin (Hanya kepada Engkau sajalah kami menyembah, dan kepada Engkaupulalah kami meminta pertolongan), daripadamulah penyembahan dan atas Aku pula pertolongan.
Dan yang tiga untuk engkau ialah: Ihdinash-syiraathal Mustaqiim (Tunjukilah kami jalan yang lurus), Syiraathal ladziina An’amta alaihim (Jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka), Ghairil Maghdhuubi alaihim Waladh-Dhaalliin (Bukan mereka yang dimurkai dan bukan pula mereka yang sesat).” (Riwayat Thabrani)
Si GAdis BerCErita TenTang CINTA
Zaman kehidupannya penuh dengan jahiliyyah yang menguasai setiap ruang lingkup atmosfera. Alhamdulillah, katanya. Alhamdulillah katanya, kerana Allah SWT masih mahu menyinari hidup dan dirinya dengan sedikit cahaya Islam. Dengan cahaya itu dia menilai baik dan buruk. Sudah tentu, ianya bukanlah mudah.
Rabiatul Adawiyah sumber inspirasinya. Wanita suci yang mengabdikan diri sehari-hari untuk beribadat kepada Allah. Seorang gadis yang sangat menjadikan Rabiatul Adawiyah sebagai idolanya, kadang-kadang dia tersilap langkah juga. Bukan senang mahu menjadi seperti Rabiatul Adawiyah, tambahan pula dengan kehidupan dunia kini. Tak mengapalah wahai Si Gadis, menjadi seorang yang perfect seperti Rabiatul Adawiyah, kamu mungkin tak mampu, paling tidak, kamu berusaha bersungguh-sungguh mencontohi beliau. Seorang yang sangat menjaga maruah diri sehinggakan kehidupan dunia bukanlah yang diingini.
Gadis ini suka akan doa Rabiatul Adawiyah yang ini.
"Ya Allah, sekiranya aku menyembah-Mu kerana takut kepada neraka, bakarlah aku di dalam neraka. Sekiranya aku menyembah-Mu kerana mengharapkan syurga, campakkanlah aku dari syurga. Namun sekiranya aku menyembah-Mu semata-mata demi-Mu, janganlah Engkau enggan memperlihatkan keindahan wajah-Mu yang abadi kepadaku."
Dia hanyalah seorang gadis biasa. Suatu hari yang penuh berkat, muncul satu kunjungan untuk keluarga Si Gadis. Kunjungan luar biasa yang pastinya membincangkan isu masa depan Si Gadis dan Sang Teruna. Perbincangan yang pastinya menuju kepada sebuah pelayaran bahtera Baitul Muslim. Itu lah agendanya.
Dia terfikir, bagaimana mahu jadi seperti Rabiatul Adawiyah kalau begini keadaannya? Namun, menolak kepada sebuah perkahwinan bukanlah apa yang Si Gadis merasakan suatu yang betul.
Paling tidak, dia mahu menjadi seperti wanita yang menarik kuda Fatimah (anak Rasulullah SAW) untuk memasuki syurga. Wanita itulah yang pertama memasuki syurga! Sungguh hebat pengabdian wanita tersebut kepada keluarganya terutamanya kepada suami nya. Hebat-hebat kisah sahabiah yang ada! Si Gadis sungguh terinspirasi! Kerana sesungguhnya menjadi tujuan setiap manusia untuk menuju ke syurga-Nya yang abadi.
Kata-kata Zainab Al-Ghazali, "...Hidup ini terlalu singkat untuk menjadi orang biasa...". Perlu jadi yang luar biasa untuk mendapat tempat yang luar biasa di akhirat kelak!