news@Khalilah Asma

i'm just writing what i like...share what i know...hope just not hurt any heart...

Saturday, August 22, 2009

Suci dalam debu…

Persahabatan yang terjalin dengan keikhlasan kekadang ada calarnya, walaupun sekelumit, jika berlaku ia amat meninggalkan kesan sekiranya pada orang yang kita percayai…kejadian yang berlaku di depan mataku 13 Ogos 2009, amat membuatkan otakku berfikir dalam percaya atau tidak, walaupun kejadian itu berlaku tidak sampai pun 2 jam,tapi ku rasa ia pasti meninggalkan kesan pahit dalam 2009 ni.Pesanan buat diriku dan jua kawan-kawanku..jua insan yang di luar sana, jangan mudah mempercayai orang yang ada disekeliling kita, kekadang mereka mampu menikam kita dari belakang..

puasa

selamat menjalani ibadah puasa..mg kita bersama dirahmatiNYA..

Saturday, August 1, 2009

susah vs senang

Dalam meniti kehidupan, tidak ada yang pernah senang dalam memperolehi sesuatu…perlukan usaha bagi memulakan sesuatu..walaupun tidak banyak,selangkah pun tetap menjadi titik tolak terhadap setiap perkara, kadangkala kita merancang,namun Allah jua Maha Merancang, tidak semua yang tidak seperti yang dirancang itu tidak baik untuk kita, namun kita dituntut untuk merancang dengan teliti setiap apa-apa yang kita lakukan agar kita dapat kualiti yang baik, segala yang baik jua dari Allah, kita yang patut bersyukur kepadaNYA, sekiranya DIA menganugerahkan yang terbaik seperti yang kita rancang.namun setiap yang berlaku di atas muka bumi ini tidak ada sesaat pun secara kebetulan semuanaya telah tersurat dan dirancang sepenuhnya oleh yang Maha Merancang.Hidup tidak seperti yang dirancang oleh kehendak diri sendiri, tidak semestinya tidak bermakna, kerana rezeki Allah ada di mana-mana dan DIA maha pemurah, namun tidak ada orang yang dapat merubah nasib kita sendiri selain diri kita sendiri, rebutlah peluang selagi nafas masih bersisa, bermakna kita menghargai kehidupan kita dengan mengisi dengan sesuatau yang amat bermanfaat dalam hidup.Hidup tidaklah terlalu lama untuk kita beribadah sekiranya kita amat menghargai masa,kekadang masa yang terluang diisi dengan perkara yang tidak mendatangkan manfaat dan sekadar menggembirakan hati untuk seketika, kononnya untuk ceria dan kegembiraan, hakikatnya manusia gembira bila diri menyembah PENCIPTA, hidup dikatakan hipokrit kah? Sujud pada ALLAH, tapi hati tidak ikhlas? Keikhlasan itu lahir dari kepuasan ketaatan yang jitu pada ALLAH.Kekadang DIA menguji dengan sengsara, dijauhkan kesenagan, tetapi jika difikirkan semula atas apa yang tersurat, ada hikmah, ada kemanisan pada setiap penghujung kepahitan, itu janjinya dalam surah AL-INSYIRAH.Pada sujud kita memohan segala yang terbuku dihati, namun yakinlah pada janjiNYA, mintalah tanpa jemu..mungkin ada doa yang akan diberkati antara banyak-banyak doa yang dipinta, tetapi ingat,jangan kita segan dari meminta kerana ALLAH jua segan untuk memberi sekiranya hambaNYA segan dari meminta selain dariNYA.

Al-Insyirah ayat 5-6:
Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan,
Sesunggguhnya bersama kesulitan ada kemudahan…..


H1N1