news@Khalilah Asma

i'm just writing what i like...share what i know...hope just not hurt any heart...

Thursday, December 22, 2011

Adik@Tahniah


TAHNIAH Adik, dapat 5A..
Kak Ngah amat berbangga dengan MU..
walau jauh dari keluarga, kamu masih dapat berdikari..alangkah bagus jika arwah abah dapat tahu engkau cemerlang dalam peperiksaan PMR mu..biarlah tak dapat straight A pun..pencapaianMu tetap bagus..sebabnya kamu kan malas..tapi lagi terkejut lah..sebab Adik Alif ni suka main-main..Kak Ngah tak marah pun, bangga ada lah..doa Kak Ngah SPM buat yang terbaik lagi dan tetapkan cita-citaMu..jika kita mempunyai cita-cita pasti ada hala tuju dan ambil iktibar daripada kesilapan orang lain di sekelilingMU..
dan yang paling utama jangan lupa jadilah orang yang beriman...

Merempit


Malam ni tak ada mood nak buat Projek Sarjana tu..rasa nak menaip jer..rindu..lama ruangan ni tak update..!pemalas kah aku!takda masa!busy?.. ya lah sangat-sangat ker..
macam-macam yang perlu dihadapi sebelum nak senangkan..biasalah lumrah hidup..
teringat pula kat NADEEYA, dulu masa belajar UNIMAP naik moto dia RG884, inat lagi hujan panas bersama macam couple..dia memang kawan baik sayerr..saya bangga dengan dia tabah dan dapat sambung master kat UTM plak..kat sini saya bersusah senang dengan HAWA, motornya WPV225, itulah kenderaan rasmi kami selama setahun setengah..kadang-kadang sampai Batu Pahat, nasib baik kawan baik sayerr ni terror bawa motorr lau tidak tak merasa jalan2 sampai saner dengan motor..yang tak lupa sebelum balik kampung tu smepat lagi rempit ke BP, pas tu hujan lebat, melepaklah di bawah bangsal untie ni..tumpang jer pun..tak duduk pun tapi nampaknnya untie tu tak suka..habis dikemasnya kerusi-kerusi dan di simpan dalam rumah..kelakar..takot kami duduk kot..tapi yang heran sikit masa belajar sini, jalan-jalan kat sini sangat sibuk..hanya orang yang kental saja dapat bawa kenderaan kat sini..kental gitu..tak tau istilah yang terbaik..but than..thank for all my friends...selalu tumpangkan sayerr..

16 Disember 2011


Tercatat sejarah dalam diari hidupku bermula pukul 1.30 tengahari 16 Disember 2011 sehingga 8.30 pagi 17 Disember 2011, daku berada di library kesayangan kami(huuhu bila nak cari buku atau buat kerja..kalu tidak..hmmm tak nampak batang hidung pun kat library)..hahhhh library Universiti Tun Hussein Onn Malaysia...mungkin selepas ini daku tak datang lagi melepak di sini..ni dalam sisa-isa menghabiskan master ku dalam tak sampai sebulan lagi jika dicongak campur, tolak semuaanya...mungkin selepas ni bolehlah melepaskan penat lelah belajar sedikit...yang satu lagi impian PhD tu..biarlah tertangguh dulu..sabar...wait..Phd..rindu pula nak ambik Biomed semula..ahrrggg betul--betul rindu suasana hospital..berhadapan dengan mesin-mesin..sebenarnya daku tak betah berhadapan dengan ramai insan-insan di hadapanku..tapi kena hadapi jua....juaaa
dan nak atau tak nak..kena sebab daku akan bergelar pendidik tidak lama lagi..insyaAllah...berangan tu penting..tak payah bayar..best lagi kalau jadi reality..
jadi pensyarah biomed pun lagi suka..
ni kenangan dengan HUDA kat library..
HUDA..ingat kenangan kita..macam tak percaya plak boleh stay lama kat library
Thank for the roti canai with (caker)..
haha mula-mula tak tahu aper tu caker..rupanya kaki ayam..sedap roti canai dia dan kuah kari..

The Orange Rose



Orange! it heartwarming me!Luve it it sweet-smelling..
Subhanallah..it beautiful petal..lovely

it not too easy..

maybe it easy..
maybe you can do it..
sometime what we were thinking
just not like the reality..
so accept it as a fate..
think positive because it can't block your emotion
so..go into raptures today..

Sunday, October 2, 2011

Awal bulan 10

Baru sahaja ke Melaka 1/10/11. Sajer jer sekadar menjenguk negeri bersejarah itu, melepaskan lelah..oppps..belum penat sangat bergelumang denga buku..sekadar menghargai ciptaan Allah dan melihat tinggalan sejarah, moga jadi pedoman buat umat Islam semua.
Kebetulan sahabatku belum lagi memijak bumi Melaka, dakupu tumpang sekaki..berbekalkan makanan yang kami masak..indahnya makan berbekal, perasaan lain dari suasana kampus..mesranya kami duduk di Dataran pahlawan sambil-sambil makan kek, pelbagai ragam manusia kami tengok, ada juga sekumpulan pelajar sedang bermain bola jaring...ada yang melepak, ada suami isteri sedang bersembang, ada yang menyakitkan mata pun ada, xlarat nak cerita di sini..cabang hidupku makin bercabang.. arahnya harus daku pikir..kini 2011 makin hendak melabuhkan tirai..daku masih lagi lemah-longlai..YA Allah bagi kan daku kekuatan untuk menyusun jadual hidupku agar teratur...

Wednesday, August 17, 2011

IMAN VS MATLAMAT


Iman itu bukan hanya harapan,
ia adalah apa yang terpancar di
dalam hati dan dibuktikan dengan amalan...

PERSOALAN tentang hingus di bulan puasa..

Soalan
bagaimanakah dalam bulan puasa,hukum bagi telan air liur,saya melihat
ramai yang meludah di bulan puasa,dlam solat dikatakan tidak boleh telan
air luir,jadi jika di bulan puasa,bagaimana keadaan seorang yang mempunyai
penyakit dimana bila membaca surah,air liur memenuhi rongga mulut,nak
telan, puasa,dan nak ludah pula,dalam solat....saya sendiri alami penyakit
ini...
dan tidak wajar ditelan. Akan tetapi bagi mereka yang telan lendir
tersebut, Tertelan air liur adalah tidak batal puasa, jika tertelan air
liur yang bercampur denga air kumuran juga tidak batal puasa kecuali
disengajakan.
Tidak batal solat seseorang sekiranya beliau menelan air liur

Jawapan
Assalamualaikum,
Jumhur fuqaha' berpendapat tidak batal puasa menelan air liur (saliva).
Air ludah termasuk dalam sesuatu yang amat sukar dihindari seperti juga
dengan debu jalanan, debunga dan serbuk tepung. Madzhab Syafi'iy
berpendapat batal puasa jika menelan kembali air liur yang telah keluar
dan berada di antara dua bibir, begitu juga batal puasa menelan kahak dan
hingus di atas alasan ahak dan hingus termasuk sesuatu yang boleh
dihindarkan. Hukum menelan Lendir selsema atau hingus semasa berpuasa
adalah sama sahaja dengan hukum menelan air liur. Jika seseorang itu telan
air liur atau atau hingus (mucus) tidaklah membatalkan puasa. Apa yang
dinasihatkan oleh ulama ialah agar lendir atau hingus tadi dikeluarkan.
Jika seseorang itu berada didalam masjid, bolehlah diludahkan kepada
kertas tissue. - [Al-Lajnah al-Daa'imah Lil-Buhuth wa Al-Ifta', 1/270]
Sheikh Utsaimin mensifatkan lendir hingus ini sebagai sesuatu yang kotor,

Rujukan:
http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/31394

Rahsia di sebalik helaianMU..


BEStnyer...

alhamdulillah..cuba kita katakan bestnyer dapat tunaikan perintah Allah..tambah-tambah lagi dalam bulan Ramadhan ini...sayangnya hanya satu bulan sahaja..kita menanti selama sebelas bulan..bukan setakat kita hendak tunggu Hari Raya...bukan hanya hendak makan sampai kenyang..lega dan puas bila dapat laksanakan perintah Allah..arrhhh satu kepuasan bila dapat puasa satu hari tanpa mengumpat, dengki, kianat, tipu, dan sebagainya....seronok kan bila berjaya menghadapi sesuatu task yang Allah bagi ini..bukan untuk DIA..dia yang bagi bulan ini untuk kita..buat perkara suant pun dapat pahala wajib..bayangkan buat terawih sunat dapat pahala solat wajib..sayang-sayang sangat sebulan jer...hayatilah bersama..renungkan masa yang ada...

Sunday, July 3, 2011

Bukit Tujuh..

Lebarkan syukur pada Ilahi, panjang sujudnya pada sejadah usang itu…semalam 3 Julai 2011 bersamaan dengan 1 Sa’aban, seorang sahabatku dan rakannya telah terlibat dalam kemalangan jalan raya pada pukul 4.45 pagi di Jalan Bukit Tujuh. Luahannya, seperti hendak mati katanya…setelah bertukar pemandu pada jam 3.00pagi, dia mula memelapkan mata..tetapi tiba-tiba kejadian itu berlaku..kereta berpusing-pusing dan melanggar divider jalan, habis remuk depan dan belakang kereta, Alhamdulillah syukur pintu kereta masih lagi boleh dibuka dan membuatkan mereka keluar daripada kenderaan itu. Bertemankan lampu handset di waktu gelap-gelita di kawasan bukit itu..syukurnya tiadak henti, jika tidak mempunyai divider, sudah pasti ke gaunglah jawabnya..alhamdulillah masih ada curahan rahmat dari langit Tuhan. Mereka berdua masih hidup. Lebarkan ruang dada dan nafasmu dengan meratib zikir, supaya takafurmu menyelami serkup rahmatNYA, melalui peristiwa ini jiwaku dan sahabatku makin menebal keyakinan memahami takrif kun fa yakun Tuhan. Ya…bila kun fa yahkun..jadilah..Bondanya yang tercinta berpesan, “Usahlah pulang ke kampung waktu malam, bahaya”. Namun anak muda, memang begitu lagaknya, hendak pulang dengan segera. Hakikatnya di sini, walaupun apapun yang berlaku…kun fa yakun..pengajaran buat kita dan Allah Maha Mengasihi.

Sunday, June 26, 2011

cantik Vs buruk

Cantik? Adakah seorang perempuan yang cantik mudah mendapat perhatian dan akan dapat yang dia minta? Memang hakikat manusiawinya..memang pandangan pertama kita lihat cantik..mungkin cantik segalanya..kaum adam mula lentok bila si cantik meminta pertolongan..sedarlah kaum adam sikapmu itu sementara sahaja, jika si cantik itu terlihat perilaku yang buruk...berbakul pulak kutukannya..melebihi yang dipujanya...hahh.macam tu lah lumrah duniawi..sedarlah..pandanglah seseorang wanita itu dengan tulus ikhlas..bukan buruk kerana buruk rupanya...padahal akhlaknya tidak tergambar dek mata yang bisa tertipu dengan fitrah semulajadi..kekadang akhlaknya terpuji lebih daripada si cantik.. bukan daku mengejek si buruk rupa..baik lagi kita menegur buruk perangai manusia itu..moga nanti daripada buruk..menjadi baik akhlaknya..bukankah makin kita mengutuk..dosa dibahu kita pula tidak terpikul..kalau boleh jangan buka aib orang lain..ingatan buat semua..

TidaK MaLu..

Sesuatu yang kira harap tetapi tidak kesampaian? Apa yang boleh kita kesalkan? Tidak boleh sebenarnya..kita harus bersyukur..daku terkesan dengan apa yang dilalui..terpalit juga sedih..tapi ke manakah jua titisan air mata ini tumpah? Tidak ke mana juga rembesan itu..bila diseka..ia akan tiada..bila mata penat..ia akan kering jua..hati daku ini..ku didik supaya sentiasa bersyukur...ahhhh..biar dapat tak seberapapun..takdir dan iradatnyaNYA yang menentukan segala..kekesalan ku buang ke tepi...dengan rasa tidak malunya daku..daku memohon lagi padanya..arrggghhhhh..sungguh muka tembok perempuan ini..daku tidak kesah..kerana padaMU sahaja daku menyimpan hasrat hati ini...daku masih mengharapkan masih ada manis yang dapat aku rasa..bila? daku pun tak pasti..tapi jauh di hatiku mengharapkan pertolonganNYA...suatu hari...sudah jauh dari hari kejatuhan emosiku itu..daku tersenyum penuh..Ya Allah...doa insan kerdil ini KAU makbulkan...tidak dapat daku bayangkan di sini dengan kata-kata..sujudku padaMU..laparku jadi saksi..moga puasa sunatku diterimaMu...YA Allah..daku bersyukur sangat kurniaanMU itu...

Sunday, May 15, 2011

ikaTAN PerSahatan BerKEkalan Dalam HATi....

ikaTAN PerSahatan Ku Harap Macam Ni...

TeNanG hAtI tEnGok KaNAk-KaNak BerMAin

Sukaneka dekat SK Parit Raja..







Tengok..kanak-kanak riang bersukaneka!!!
opp!! hati-hati nanti belon pecah..

SMK Mahmood Iskandar, Parit Raja












Masa Kem Motivasi Kat Sekolah ni..saya jadi fesi..bestnyee ceramah oleh Prof Yusuf Jamar..berisi dan kelakar..tapi tahun ni jer dia ada..tahun depan dah pencen dah..
Ni senarai ahli group saya..bagus..adik2 kat sekolah ni sporting n best..saya ada berjanji nak bagi hadiah kat mereka jika mereka berjaya dalam PMR ataupun SPM..tapi syaratnya mereka kena contact saya..
1-Nur Alia Bt Saadon-Alia(cita-cita usahawan)
2-Farahida Bt Moktar-Farah(cita-cita doktor)
3-Izzati Bt Mazlan-Izzati(cita-cita polis)
4-Norazra bt Mazlan-Azra(cita-cita pakar forensik ICT)
5-Nurul Amira Bt Ngadiman-Mira(cita-cita pegawai bank)
6-Noraihana Bt Mazlan-Raihana(cita-cita pramugari)
7-Mohd Afiq Bin Khir-Afiq
8-Mohd Asrul Nazri Bin Abu Naim-Nazmi(cita-cita jurutera)
9-Mohd Farid Bin Jamil-Farid-(cita-cita guru bahasa BM&BI)
10-Mohd Fahmi Binj Nordin-Fahmi(cita-cita guru BI)
11-Mohd Faharul Rafi Bin Ismail-Rafi(cita-cita askar)

Sunday, May 1, 2011



Menyentuh hatiKu....
kala hatinya dirundung pelbagai kekangan dan tututan dunia...
arrrhhh...terjumpa yang menyentuh hati..
terima kasih yang sudi mengarang sajak sebaik ini..
ini penghargaan ikhlas dari ku...manfaatkan bersama...


SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,

TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA,

TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,

NESCAYA CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA.

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,

KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAI

ORANG YANG KITA CINTAI,

TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,

KITA AKAN TURUT MENCINTAI

ORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA.

YA ALLAH,

ANDAINYA DIA ADALAH JODOH YANG DITETAPKAN

OLEH-MU KEPADAKU,

MAKA CAMPAKKANLAH DALAM HATIKU CINTA KEPADANYA ADALAH

KERANA-MU,

DAN CAMPAKKANLAH DALAM HATINYA,

CINTA KEPADAKU ADALAH KERANA-MU.





NAMUN,

ANDAINYA DIA BUKANLAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU,

BERIKANLAH KU KEKUATAN AGAR PASRAH DALAM MENGHARUNGI UJIAN,

YANG KAU BERIKAN KEPADAKU.





YA ALLAH,

JIKA AKU JATUH CINTA,

CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTAI-MU.





YA MUHAIMIN,

JIKA AKU JATUH CINTA,

JAGALAH CINTAKU PADANYA AGAR TIDAK MELEBIHI CINTAKU PADA-MU.





YA RABBANA,

JIKA AKU JATUH HATI,

JAGALAH HATIKU PADANYA AGAR TIDAK BERPALING PADA-MU.





YA RABBUL IZZATI,

JIKA AKU RINDU,

RINDUKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYAHID DI JALAN-MU.





YA ALLAH,

JIKA AKU RINDU,

JAGALAH RINDUKU PADANYA AGAR TIDAK LALAI AKU MERINDUI SYURGA-MU.





YA ALLAH,

JIKA AKU MENIKMATI CINTA KEKASIH-MU,

JANGANLAH KENIKMATAN ITU MELEBIHI KENIKMATAN INDAHNYA BERMUNAJAT DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIR-MU





YA ALLAH,

JIKA AKU JATUH HATI PADA KEKASIH-MU,

JANGANLAH BIARKAN AKU TERTATIH DAN TERJATUH DALAM PERJALANAN PANJANG MENYERU MANUSIA KEPADA-MU.





YA ALLAH,

JIKA KAU HALALKAN AKU MERINDUI KEKASIH-MU,

JANGAN BIARKAN AKU MELAMPAUI BATAS SEHINGGA MELUPAKAN AKU PADA CINTA HAKIKI DAN RINDU ABADI HANYA KEPADA-MU.


ku petik dari tazkirah.wordpress dalam bingkisan doa...

Monday, April 18, 2011

PESAN IBU..

Kata Ibu…pengorbanaan itu perlu dengan keiklasan sepenuhnya…arrrrrhhhh payah untukku hadam…pesananannya pengorbanan kepada orang lain perlukan ikhlas sepenuh hati agar tidak timbul ungkit –mengungkit di kemudian hari…betul..ikhlas itu subjektif..ia tidak nampak..tapi ia boleh dizahirkan dengan perbuatankan tapi soal hati hanya ALLAH sahaja yang tahu…

Dalam sedar ataupun tidak..jika kita berserabut ataupun memerlukan seseorang untuk meluahkan atupun berbicara..Allah lah tempat yang tepat? Kenapa saya berkata begini? Ini kerana ketenangan itu milik Allah..dia yang beri pada kita..walaupun kita dah berbakul meluahkan masalah kita pada kawan kita, ia tetap tidak selesai apatah lagi jika apa yang kita luahkan itu bukan pada orang yang sepatutnya ataupun luahan tidak tepat..ia pasti akan wujud pergaduhan ataupun fitnah..bagi saya akhirnya saya akan memilih berdiam diri kerana lama-kelamaan Allah akan bagi ketenangan kepada kita jika kita memaafkan orang lain…

Aku Ingin MencintaiMu Setulusnya


Tuhan betapa aku malu
Atas semua yang Kau beri

Padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa
Entah mungkin karna ku terlena

Sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali
Agar aku kembali
Dalam fitrahku sebagai manusia

Untuk menghambakanMU
Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMU

Reff:

Aku ingin mencintaiMU setulusnya,

Sebenar-benar aku cinta
Dalam do`a

Dalam ucapan

Dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekatiMU selamanya
Sehina apapun diriku
Kuberharap untuk bertemu denganMU ya Rabbi

Dari Kumpulan-Edcoustic


Monday, March 14, 2011

LEGA..

time serabut...aku tak putus-putus doa moga Allah permudahkan urusanKU....
hasbunallah hu wa nik mal wakil..cukuplahlah ALLAH (menjadi penolong) bagi kami dan sebaik-baik pelindung...tapi time kegusaran itulah aku akan rasa lega..Allah tolong kita juga jika kita dah buat sesuatu itu dengan bersungguh-sungguh...ahh...bagai tercabut segala benda yang terbeban...dalam kekalutan aku hari ini ada insan yang mampu mengingatiKU...KAK FIFI....14/3/2011...terharu..YA ALLAH bagai mendapat bayaran cash dari MU>>>.......
terima kasih..YA ALLAH..al-imran ayat 173.

Tudung terkini..

Tengahari itu sementara menantikan zohor….aku pinjam buku An-nur daripada teman sebilikku….rehatkan minda sekejap…ku singkap satu persatu helaiannya….lama dah tak membaca an-nur ni..apatah lagi membeli untuk tahun ini…aku tertarik dengan artikel berkenanaan tudung…betullah kata pengarang itu…kalau nak bertudung, kena ikut syariat bukannya hasil gabungan fesyen semata-mata dan ditambah dengan pakaian ketat mengikut bentuk tubuh badan…..ramai sekarang kita tengok semuanya cantik-cantik dengan gaya tudung berwarna-warni tapi sayangkan…..renungkanlah..tidak ikut syariat…aku masih lagi fesyen yang lama…kolot?tidak kemas?kolot biarlah di mata manusia bukan di mata penciptaku…tidak kemas?memang salah aku…sebabnya tudung besar macam manalah nak menggayakannya pelik-pelik..just simple tapi puas hati tiada mata memandang ke tempat lain…bukan bertudung untuk menutup apa yang tidak patut kena bertudung kerana memenuhi syariat Allah…kalau tak ikut syariat macam mana nak dapat pahala tu..ambiklah sedikit masa daripada 24jam yang kita ada itu untuk renungkan..ingatan buat diriku juga sesungguhnya manusia dalam keadaan yang lalai dan berpesan-pesanlah ke arah kebaikan..


Friday, March 11, 2011

REMPIT mUSliMAh


pagi ini..cuaca yang sungguh indah..sejuk...damp...kita orang rempit ke kelas statistik...ni first time kelas tukar kat induk...wahhh segarnya udara pagi...best...alhamdulillah...

Communication skill

communication skill kurang...hmmm fuhhh....kena kat muka....padan muka???
kena improved lagi communication skill..semalam 11/3/2011 materialise tepon untuk interview 22/3/2011...tapi jawapanku agak teragak-agak coz dalam lab statistik...tambahan lagi takut kat PROF....xpelah xder rezeki..lagipun mmg xnak pun..sajer jer gatal test power...sayanglah nak tinggal belajar yang sekarang ni...patutpun katanya akan tepon semula tapi xtepun..pas calap dengan Shilaa tu terus off phone..kalau dia tepon semula pun tak dapat gak..hormati PROF..sat gi aper2 xfahm dalm kelas ststistik..susah plak..tak berharap pun..dalam hati terus kata xnk..xbrani nak cakap depan2..mesti dia cakap naper lak budak ni mintak kerja sedangkan xnak sebenarnya...hehe sayang lagi sarjana ni walaupun susah...xper lah...ada lah rezeki tu...kalau tak mungkin aku terpilih berapa di sini sekarang...semua itu adalah ketentuan...dalam serba kekurangan itu..aku insan terpilih..alhamdulillah..syukur...

Thursday, March 3, 2011

Tawakal....AHH...baru daku faham...


Malam ini baru faham hakikat sebenar, kita selalu dengar “berusaha bersungguh-sungguh baru bertawakal”…..sebenarnya konsepnya macam ni….kenyataan itu agak tidak benar kerana kita perlu mendahulukan Allah di setiap permulaan urusan kita….maksudnya kita bertawakal bermula saat kita melakukan sesuatu perkara sehingga selesai perkara tersebut…bukannya selepas berusaha habis–habisan baru kita bertawakal kepada Allah..mana letaknya Allah disisi kita jika kita berusaha dulu,baru minta pada Allah, tak adil bukan? Meletakkan Allah yang kedua dan yang pertama adalah usaha kita? Sedangkan siapa yang mengizinkan sesuatu perkara itu berlaku?Semuanya Allah.Pastikah?Kita boleh lulus peperiksaan dengan berlandaskan usaha kita membaca buku semata-mata?JIka ditakdirkan Allah nak uji kita semasa peperiksaan tu..kita blurrr….tak ingat yang kita abaca..hahh..bagaimana? kat situ baru kita ingat Allah kan….Jadi..untuk betulkan semula fahaman kita yang ibarat mengikut sahaja tanpa soal selidik…kita kena bertawakal setiap masa pada Allah…berusaha kerana Allah…kita nak dapatkan pahala..bukannya usaha kita itu yang memberikan kejayaan pada kita. YANG MEMBERINYA ADALAH…….ALLAH S.W.T semata-mata…THANK YOU ALLAH…BECAUSE YOU MAKE ME LOVE YOU MORE THAN BEFORE……;)


Wednesday, March 2, 2011

TErima Kasih MAK....

Mak...sedang adik sibuk mentelaah buku research...kemudian dapat msg kawan..xboh makan ka?
Adik xreply sbb xde kredit..adik dok tgk note lg.pastu ketua kelas bagitau..kelas kul 12 plak...ahhh lega...
adik xprepared sgt nk prezent tu...alhamdulillah....sempat lagi makan..
pastu adik dapat msg dari Mak.....(.........).....syg Mak....terima kasih Mak..terima kasih YA ALLAH...macam tahu jer situasi adik...ALLAH dengar..adik mengadu pagi tadi..
akhirnya..kelas hari tu pun dibatalkan jugak....hmmmm tangguh lagi....
Apapun snyum ku hari tu..sampai ke telinga..lega rasanya bila dapat msg Mak....
waktu meeting tu jugak..adik tepon Mak...

SAYANG SELALU.....

Mak...

Mak...adik sakit..adik gi jumpe doktr kat kampus...dia pesan..mandi biar lama..jiruskan air banyak2...bagi air mengalir terus ke kepala...tgak pemandangan hijau..

Dokt: awak xleh bergantung pada ubat jer..kn cuba bertahan dan atasi dengan cara lain...
saya: xboleh ker bg ubat jer dokt?
Dokt: xboleh nnti effect buah pinggang awk lak...nak sy bagi...
saya:(dalam hati..amboiiii dktr ni)...xnak lah sy..
Doktr: sy bg antibiotik jer..tapi n byk minum air mineral not the other..

adik pun start bli buah-buahan dan makan sup2 sayur...
alhamdulilah...dah 2minggu sakit adik dah berkurangan Mak....

Mak..adik sakit lain plak Mak..badan adik lesu sgt..bila pergi kelas..adik terlelap dalam kelas...
Mak...
adik bukan ponteng Mak..Mak...adik tak larat sgt2 nak bangun bila adik duduk...bila adik baring baru lega ckit...Mak doakan adik Mak....

Saturday, February 26, 2011

Muhasabah Cinta


Album :
Munsyid : EdCoustic
http://liriknasyid.com

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Back to Reff.

Friday, February 25, 2011

TEMAN...

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, andai diri tak sehebat SULAIMAN.Mengapa mengharapkan teman setampan YUSOF jika kasih tak setulus ZULAIKHA.Tak perlu mengharapkan teman seteguh IBRAHIM andai diri tak sekuat SITI HAJAR dan mengapa didambakan teman hidup bak SITI KHADIJAH kalau diri tak sesempurna RASULULLAH.Bimbinglah dirinya an terimalah kekurangan itu sebagai keunikan, carilah kebaikan pada dirinya, bersyukur kerana dipertemukan dengannya an berdoalah diakan terus menjadi milikmu....


Phone


Antara telefon dan al-quran?
Berapa kali aku pegang dalam sehari?

UPDATE!
INGAT..
PHONE VS AL-QURAN.

Kata sahabatku..LELA
Life is a test.ISLAM is the best.
Solat is a must.
Akhirat is for rest.
The world is only dust.If QURAN is in our chest, nothing need next.
Always set our NIAT,upgrade IMAn, download SABAR,upload USAHA, update DOA & topup ILMU....supaya kita lebih dekat dengan ALLAH.Amin.

Petua murah rezeki...


Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

Tertarik daku dengan riwayat ini, ya hari-hari kita kena istigfar, at least 100x…mg daku sentiasa thabat dalam melakukannya…Dalam suka dalam duka, moga lidahku hanya milikMu YA RABBI…Di bawah ini banyak lagi petua untuk murah rezeki…ahhh…yang dhuha dan tahajudd tu…daku masih lagi ponteng..hmmm macam mane nak rezeki murah…daku masih lagi kena usaha..pengajaran dan update lagi petua yang bawah ni.…Ida…

Petua Murah Rezeki

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu. (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang.Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11 . Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad- Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7). Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim). Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3) Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at- Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3) Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

+ Diambil dari blog Fairuz Sulaiman. Diberikan sentuhan indah olehOh! Islam.

OHISLAM: KONGSILAH WALAU DENGAN SATU AYAT.