news@Khalilah Asma

i'm just writing what i like...share what i know...hope just not hurt any heart...

Wednesday, October 6, 2010

5/10/2010 dan 6/10/2010

2nd World Congress On teacher Education for TT-TVET

Today is world teacher day..So my lecturer was invited us to enter the conference.
It was being held at Library UTHM..before we move into the hall, we were excited to visit the booth around the library corner..In the way of that, our interested was stop at LABTECH booth..the instructor at the booth were very excited to tell us about some software about study smart for student..maybe in 5 year later in education field was used all the technology because it very expensively..but as technical and vocational student, it really help us to teach student in some kind of this new technologies..the product was such as prototype for real part of component in life spend...
for update visit www.labtech.org...

so as becoming the teacher, we mush know the new technology.

In addition, in the hall we listened very interactive speaker to talk about being a teacher..Some of that speech i pick up was soundly likes "teacher always a learners".
He elaborated about reveal knowledge vs acquired kowledge..

The other speaker was Prof.Dr.George Spottl,from Universitat Breman,Jerman..
He was talk about professional practices in TVET,TT and Quality Assurance.

Tercari-cari bagaimana nak jdi orang yang sabar....


Sudah lama tak menjeguk di ruangan ini..bukan atas kesibukan sangat...semua orang sibuk...daku yang tidak mengambil kesempatan atas masa yang ada untuk menulis..hehhe..selebihnya masa yang dianugerahi 24 jam tu..daku buat benda lain..Serabut dengan pelbagai masalah..daku terpanggil dan tergerak hati untuk menyelak sesawang teknologi yang canggih ini untuk mencari sedikit maklumat tentang sabar...daku berazam untuk makin tambahkan motivasi sabarku...kena usaha...update!
Cerita ini pernah ku baca..tapi lupa pula di mana daku jumpanya..mungkin dalam BUKU LA TAHZAN...kena ambik masa tu untuk semak...maklumlah tak simpan untuk jangka masa yang panjang..itulah kelemahan yang daku akui..apapun mari kita baca..

Petua untuk murah rezeki dan dijauhkan kesulitan :

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu,'Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?'
Sang Guru menjawab sederhana, 'Perbaiki penampilanmu dan ubahlah riak mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya... ' Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya.
Mulai hari itu, wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya sentiasa menguntum senyum bersahabat. Riak mukanya berseri. Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah air muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.
Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, fikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat di atasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

petikan dari:http://www.scribd.com/Petua-untuk-murah-rezeki-dan-dijauhkan-kesulitan/d/13652907

Thursday, September 2, 2010

SOLAT JAMAK DAN QASAR

Kita slalu travel..ni nak share dengan kwn2, update yang patut..hope berguna untuk lita bersama...ambik dari blog http://tayibah.com/eIslam.

Allah SWT telah memberi kelonggaran/keringanan kpd umat Islam dlm mengerjakan ibadah solat dalam situasi tertentu khususnya ketika bermusafir. Kelonggaran ini dinamakan RUKHSAH SOLAT.

Sabda Rasullah SAW ;

إن الله يحب أن تؤتى رخصـه كما يكره أن تؤنى معصـيته. رواه أحمد

“Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan olehNya seperti Allah membenci dilakukan maksiat kepadaNya”. Hadis riwayat Ahmad.

Rukhsah Solat bertujuan supaya umat Islam dapat menunaikan fardhu Solat dalam apa keadaan sekalipun, di samping membuktikan bahawa agama Islam yamg mengambilkira kebajikan umat dan bukanlah agama yang menyusahkan. Allah telah mensyariatkan Solat Qasar dan Solat Jamak sebagai rukhsah bagi mereka yang bermusafir.

SYARAT-SYARAT PERJALANAN (MUSAFIR) YANG DIBENARKAN UTK SOLAT QASAR/JAMAK
1. Musafir adalah utk tujuan yang baik, bukan utk melakukan maksiat.
2. Destinasi yang dituju melalui 2 marhalah (lebih kurang 91 KM).
3. Mengetahui destinasi yang dituju ( tahu jalannya, tidak tersesat).

HIKMAH DISYARIATKAN SOLAT QASAR/JAMAK
1. Meringan/memudahkan umat Islam utk menunaikan solat dalam perjalanan.
2. Tanda kasih sayang Allah kepada manusia.
3. Supaya solat fardhu dapat dilaksanakan dlm apa kedaan sekalipun.
4. Menggalakkan umat Islam bermusafir/melancong/ziarah-menziarahi bagi menambahkan keimanan dan mengeratkan tali persaudaraan.


SOLAT QASAR

Bahasa ; Pendek dan ringkas.
Istilah ; Memendekkan solat jenis 4 rakaat kepada 2 rakaat.
Jadi, solat yang boleh diqasarkan ialah Solat Zuhur, Asar dan Isyak.

SYARAT-SYARAT SOLAT QASAR
1. Hendaklah melepasi semapadan kawasan tempat tinggal.
2. Tidak berniat bermukim melebihi 4 hari, tidak termasuk perjalanan pergi dan balik.
3. Tidak berimamkan imam yang solat tamam (sempurna) rakaatnya.
4. Masih dlm keadaan musafir ketika mengerjakan solat Qasar.

Cara Solat Qasar

1. Dikerjakan hanya 2 rakaat.
2. Lafaz niat adalah spt beikut ;

أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ/ العَصْر/ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor/Asar/Isya’ 2 rakaat Qasar kerana Allah Taala.


SOLAT JAMAK
Bahasa : Himpun @ kumpul
Istilah : Menghimpunkan 2 solat fardhu dalam satu waktu dgn syarat-syarat tertentu.
Solat Jamak adalah terdiri daripada Zohor dan Asar, Maghrib dan Isya’.

Solat Jamak terbahagi kepada ;
1. JAMAK TAQDIM – Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu pertama. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Zohor.

SYARAT-SYARAT JAMAK TAQDIM
1. Niat jamak dlm waktu pertama (Zohor/Maghrib).
Niat hendaklah dilakukan dalam solat terutama ketika takbiratulihram. Walau bagaimanapun, boleh dilakukan niat semasa (pada mana-mana bahagian) solat yang pertama sekalipun semasa memberi salam. (Bukannya selepas memberi salam sbb solat sudah habis/selesai).
2. Bertertib iaitu memulakan solat yang pertama (Zohor/Maghrib), kemudian diikuti dgn solat yang kedua (Asar/Isya) kerana waktu solat Jamak Taqdim adalah untuk waktu yang pertama (Zohor/Maghrib), sedangkan solat yang kedua (Asar/Isya), adalah pengikut bagi solat yang pertama, maka mestilah solat yang diikuti (solat pertama).
Jika dilakukan solat kedua-duanya dgn didahului oleh solat yang pertama, tiba-tiba terbatal solat yang pertama kerana tidak sempurna syarat dan rukunnya, maka terbatal juga solat yang kedua. Walau bagaimanapun, solat yang kedua menjadi solat sunat mengikut pendapat yang asah.

3. Berturut-turut kedua-dua solat iaitu tidak berlaku pemisahan yang lama di antara kedua-dua solat kerana jamak telah menjadikan kedua-dua solat tersebut sebagai satu solat, maka mestilah bersambung di antara kedua-duanya seperti rakaat-rakaat solat.
Kalau dipisahkan kedua-duanya oleh masa yang panjang walaupun kerana keuzuran spt terlupa atau pitam. Maka terbatallah jamak. Maka wajiblah ditunda solat yang kedua kepada waktunya sendiri kerana tidak memenuhi syarat jamak. Walau bagaimanapun, jika dipisahkan kedua-duanya umtuk tempoh sekejap spt oleh azan, iqamah dan bersuci maka tidak terbatal Jamak.
Tidak membatalkan jamak jika terpisah di antara 2 solat kerana mendapatkan sedikit air utk berwudhuk kerana perbuatan tersebut adalah keperluan solat sebagaimana Iqamah, malah lebih utama lagi kerana wudhuk adalah syarat sah solat tetapi iqamah bukan syarat.

4. Perjalanan berterusan sehingga masuk waktu solat kedua. (sekurang-kurangnya TakbiratulIhram solat yang kedua). Sekalipun, selesai musafir tidak lama setelah TakbiratulIhram solat yang kedua. Tetapi jika selesai musafir sebelum memulakan solat yang kedua, maka tidak sah jamak kerana hilang sebab yang membolehkannya.
5. Kekal waktu solat yang pertama dengan yakin sehingga mendirikan solat yang kedua.
6. Zan (sangkaan yang kuat) bahawa solat yang pertama itu sah.

Cara melakukan solat JAMAK TAQDIM
1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu pertama dahulu (Zohor/Maghrib) kemudian diikuti oleh Solat Waktu kedua (Asar/Isya’)
2. Selepas salam solat pertama, sunat iqamah dan kemudian dirikan solat yang kedua.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TAQDIM

Solat Zohor dan Asar Jamak Taqdim

أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor 4 rakaat dihimpunkan solat Asar kepadanya
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى الظّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar 4 rakaat dihimpunkan kepada Zohor
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

Solat Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya’ kepadanya
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’ 4 rakaat dihimpunkan kepada Maghrib
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

2. JAMAK TA’HIR - Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu kedua. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Asar.

SYARAT-SYARAT SOLAT JAMAK TA’HIR
1. Berniat melakukan solat Jamak Taqdim dalam waktu pertama (Zohor/Maghrib).
Niat hendaklah dilakukan seblum habis waktu solat yang pertama. Sekalipun waktu yang masih ada itu sekadar satu rakaat sahaja.

2. Masih dalam perjalanan sehingga kedua-dua solat selesai didirikan.
* Tertib tidak menjadi wajib kerana waktu bagi solat yang kedua (Asar/Isya’), adalah waktu bagi solat yang pertama (Zohor/Maghrib). Oeh itu boleh didahulukan mana-mana solat sama ada solat pertama atau solat kedua.

Cara melakukan solat JAMAK TA’HIR
1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu kedua dahulu (Asar/Isya’) kemudian diikuti oleh Solat Waktu pertama (Zohor/Maghrib)
2. Selepas salam solat waktu kedua, sunat iqamah dan kemudian dirikan solat waktu yang pertama.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TA’HIR

Solat Zohor dan Asar Jamak Ta’hir

أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor 4 rakaat dihimpunkan solat Asar kepadanya
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar 4 rakaat dihimpunkan kepada Zohor
Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

Solat Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir

أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya’ kepadanya
Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’ 4 rakaat dihimpunkan kepada Maghrib
Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

SOLAT QASAR DAN JAMAK
Selain drp melakukan solat secara Qasar @ Solat secara Jamak, kita juga diharuskan utk mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.

Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.
Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak adalah sama spt mengerjakan solat Jamak Taqdim dan Solat Jamak Ta’hir, Cuma ditambah Qasar sahaja… iaitu Solat Zohor/Asar/Isya’ menjadi 2 rakaat sementara solat Maghrib kekal 3 rakaat.

Contoh Lafaz Niat Solat Qasar dan Jamak.

Solat Zohor dan Asar Jamak Taqdim dan Qasar.

أُصَلِّي فَرْضَ الظّهْرِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor 2 rakaat Qasar dihimpunkan solat Asar kepadanya
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى الظُّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar 2 rakaat Qasar dihimpunkan kepada Zohor
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

Solat Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim dan Qasar.

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya’ kepadanya
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’ 2 rakaat Qasar dihimpunkan kepada Maghrib
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

Solat Zohor dan Asar Jamak Ta’hir dan Qasar.

أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor 4 rakaat dihimpunkan solat Asar kepadanya
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar 4 rakaat dihimpunkan kepada Zohor
Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

Solat Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir dan Qasar.

أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya’ kepadanya
Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’ 4 rakaat dihimpunkan kepada Maghrib
Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

Thursday, August 19, 2010

Hampas tebu tapis udara tercemar

Tebu atau nama saintifiknya Saccharum officinarum adalah tanaman utama yang digunakan untuk menghasilkan gula. Dalam proses membuat gula, hasil sampingan (buangan) yang terhasil dipanggil sugarcane dregs atau hampas tebu.

Bahan buangan ini tergolong dalam kelas karbon yang diaktifkan.

Karbon ini mempunyai liang mikro yang berupaya menyerap gas dari bahan bakar petroleum (petrol fuel gases) yang dihasilkan daripada kenderaan bermotor yang berbahaya kepada orang ramai.

Hampas tebu yang tidak mempunyai nilai komersial dimasukkan ke dalam botol air mineral yang diguna semula dan gas yang mengandungi bahan pencemar disalurkan ke dalam botol tersebut.

Objektif kajian ini adalah untuk mengukur keberkesanan hampas tebu dalam menyerap partikel pencemaran dari udara.

Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa karbon yang diaktifkan dalam hampas tebu mampu menurunkan jumlah karbon monoksida dalam udara sebanyak 74.51 peratus , nitrus oksida sebanyak 29.35 peratus dan hidrokarbon yang tidak terbakar sebanyak 58.07 peratus

Keputusan ini menunjukkan bahawa bahan buangan dari proses pembuatan gula boleh digunakan dalam usaha mengurangkan pencemaran udara.
utusan malaysia,16/08/2010

Bakteria pelindung perut

KETIDAKSEIMBANGAN probiotik di dalam badan mungkin boleh mengundang gangguan kesihatan dalam hidup seseorang. Probiotik merupakan mikroorganisma hidup atau bakteria baik yang membawa kebaikan kepada perumahnya jika diambil pada kadar yang berpatutan.Ia juga bertindak membantu melaraskan proses pencernaan manusia dengan lebih baik.Pakar Nutrisi Manusia dan Kesihatan dari Kanada, Dr. Thomas Tompkins, berkata, setiap aktiviti yang dilakukan pada hari ini membawa kesan kepada bakteria baik di dalam badan.“Sebagai contoh, amalan diet dan gaya hidup tidak sihat, air minuman berklorin, pencemaran, tekanan, penggunaan antibiotik dan sebagainya boleh mengakibatkan kerosakan saluran gastrousus.“Ia merupakan tempat yang paling berbahaya dan kotor di dalam badan disebabkan semua makanan, toksin dan bakteria usus berkumpul di sini,” katanya selepas memperkenalkan produk makanan tambahan probiotik PROBYO keluaran Elken Sdn. Bhd. baru-baru ini.Ujar Tompkins, saluran gastrousus yang tidak sihat boleh mengakibatkan gangguan pencernaan seperti gastroenteritis, penyakit keradangan usus, ulser peptik, kanser gastrousus dan lain-lain lagi.Pengambilan probiotik dalam diet harian melalui makanan tambahan dapat mengembalikan keseimbangan bakteria baik dalam saluran gastrousus sekali gus membantu mencegah penyakit kronik.“Salah satu elemen penting dalam probiotik baik ialah kandungan bakteria baik perlu mencukupi dari segi kuantitinya.“Antara ciri lain adalah ia mampu bertahan kepada persekitaran berasid yang tinggi dalam perut supaya ia dapat sampai ke usus,” katanya.Tambah Tompkins, perjalanan makanan tambahan probiotik adalah panjang dan perlu mempunyai ketahanan suhu panas dalam proses pengangkutan serta penyimpanan.Katanya, jika ia tidak mempunyai ciri tersebut, kebanyakan bakteria baik itu akan mati atau tidak aktif apabila diambil oleh manusia.
Dalam pada itu, produk makanan tambahan probiotik PROBYO berbeza dengan produk lain kerana ia mempunyai salutan lipid pelindung untuk melindungi enam bilion bakteria yang terdiri daripada lima jenis bakteria yang berbeza-beza.“Teknologi yang digunakan juga dapat dilindungi daripada haba, jus gastrik dan lembapan persekitaran bagi memastikan probiotik dapat sampai dengan selamat ke mikroflora usus.“Bakteria baik ini dapat bertindak sebagai pengawal melindungi saluran gastrousus sekali gus memastikan mendapat faedah yang diingini oleh badan,” katanya.
kosmo,19 ogos 2010

Saturday, July 24, 2010

A Beautiful Hadith


Pernah dengar tak kisah ini?..marilah sama-sama kita baca untuk peringatan bermasa..ramai dah tahukan....
enjoy reading ya..

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud
and the chest of the deceased.
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.
Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai
ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu.
Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan
berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan,di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:
'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.
Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) berkata:
'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

May Allah bestow this favour on all of us.

kawan saya bg email ni..Ckin..tq ye...

PERBEZAAN SEMUT DGN MANUSIA

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".
Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".
Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa". Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.

Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".

Jawab Imam Suffian:" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil: " ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN" .

Thursday, July 22, 2010

Maafkan aku..ibu…

Ibu..
Andai aku melukai mu..
Maafkan aku…
Andai aku terkasar denganMu..
Maafkan aku..
Ibu..
Andai aku degil..
Maafkan aku…
Ibu..
Aku pernah salah faham terhadapMu…
Ibu..
Maafkan aku…
Ibu..
Aku pernah mengingkari kata-kataMu..
Maafkan aku..
Ibu..
Aku pernah berkasar denganMu..
Aku pernah gagal …
Ibu…
Maafkan aku…
Ibu…
Aku teramat manyayangiMu..
Ibu..
Aku merinduiMu..
Ibu…
Aku ingin melihat engkau bahagia…
Sebelum ibu memejamkan mata…
Cita-cita aku membahagiakan Mu..
Disamping menjadi hamba Allah yang baik..
Ibu…
Aku terlalu mengkagumi mu dalam diam….
Ibu..
Engkau seorang yang sabar….
Ibu….
Maafkan aku..
MenyusahkanMu..
MembebaniMu…
Ibu…
Restui Aku…
Moga hidupku diberkati..
Ibu…
Ibu…
Moga engkau bersama orang-orang
Yang masuk ke syurga…
Ibu..
Aku teramat menyayagiMu….
Terima kasih Ibu…

Aku dan aku lagi....

Tidak perlu aku kesali segala takdir hidup ini…
Walau perit, ku tempuh jua
Walau jatuh, aku bangkit lagi….
Walau tinggi, ku daki jua…
Aku tersungkur…terhumban perit..pedih…
Aku gembira….
Dalam suka..dalam duka..
Aku gembira aku mampu tersenyum..
Aku mampu belajar…
Aku mampu makan dengan kenyang…
Aku gembira…walaupun tidak berduit…
Tidak berharta…
Aku gembira melihat orang lain gembira…
Aku susah…
Aku bertahan..
Aku kuat…
Aku tabah…
Aku mampu bertahan…
Aku lalui jua hidup ini…
Aku merungut….
Aku mengata…
Aku mengeluh….
Aku lalai…
Aku leka…
Aku cuba..
Aku gagal..
Aku berusaha..
Aku berjaya
Aku bertawakal
Aku berjanji
Aku mungkir..
Aku tepati
Aku jujur
Aku redha
Aku tenang
Aku gelisah
Aku kalut
Aku resah
Aku berdosa
Aku marah
Aku bersalah
Aku gopoh
Aku kecundang
Aku ceria
Aku suka…
Aku insaf…
Aku sedar…
Aku ulang kembali..
Aku pohon keampuan…
Itulah manusia terlalu lemah…
Namun aku tetap terus berdoa…
Kerana doa itu senjata mukmin..

Sunday, July 4, 2010

Melakar Cinta Di Pintu Syurga

Album : Kompilasi Lirik Terbaik Ito Lara
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com


Berdirinya aku di daerah zulumat
Mengutip titis doa di malam rahmat
Bersama renai kasih yang menguyur
Ingin melakar cinta di syurga

Sesungguhnya cinta yang ku galas dulu
Hanya cinta semusim wangi sekejap
Harumnya takkan sampai ke penghujung
Indah mekarnya hanya di kuntum

Sedangkn taman-Mu amat indah
Tiap penghuninya dikurniai rahmat
Datang berbekal amalan
Tanpa sepalit noda

Setelah kian lama mengatur jejak langkah
Makin fasih mentafsir liku hidup
Diri terlepas bebas dan leka tanpa batas
Bagai menabur benih sang hilalang

Bendang-terbendang hampar padinya
Dimusnahi bena
Aku yang terpedaya

Hijrahkan aku dengan hati putih
Kembali berpaut pada akal budi
Pasrah bersujud dibawah naungan
Langit kesedaran

Moga terlakar cintaku dipintu syurga


katanya syurga itu amat indah...aku suka dengar lagu ni..kekadang sayu jer...aku terpikir mampu kah insan sekerdil aku untuk menggapai syurgamu YA RABBI...bak kata pepatah jauh panggang dari api...namun kita hidup ini untuk mencari redhaMu Ya TUHAN...
katanya semua orang hendak masuk syurga..kanak-kanak kecik pun pandai bertutur..bercakap-cakap tentang syurga...nikmat..aman ..damai..aduhh..sungguh semua orang nak....namun...jalanNYA tidak semudah untuk mendapat sesuatu yng amet berharga menuntut seribu pengorbanan...mana mungkin sesuatu yang nikmat diperolehi dengan senang?betul tak?takde nikmat lagi kalau boleh dapat macam kita pergi pasar jer..tapi pergi pasar pun susah gak...mane nak dapat buah durian kalau bukan musimnya...carilah seluruh pasar kat daerah kita pun belum tentu jumpa kan...betullah yang dibuat oleh YA RABBI tu sudah tersurat ...membawa makna tersirat...kesimpulanNya just follow the rule...come back to the basic..aii cakap senang...aku sendiri nak buat pun belum termampu...tapi kn bermotivasi ke arah itu...aku pun nak masuk syurga..!!!



Friday, June 4, 2010

Mummy

Mum..please be my side owes...i need you...i really need youu..
im owe too much with you my love...
Mum..your love is forever...

Ma...U r My EveryThingS...


Luv u owes...the only you forever..

Life without love

A life without love,
Is chocolate without vanilla,
Or a sunshine without flowers,
And a castle with no towers.

A life without love,
Would be empthy and void,
Would be a road with no cars,
And a body without scars.

A life without love,
Would be quiet like night,
Or the earth without air,
And no one would care,

A life without love,
Would be completely colourless,
Would have no taste,
Filled only with waste.

A life without love,
Would be al Would be all alone,
Would be without smell,
Would be life in hell.

Ciplak from,
The star,16 sept 2009,Iannick Donovan Lo.

p/s:
Luv ur self..ur family..,ur religion..our frenz…n all that ALLAH given to us….






Sunday, February 14, 2010

CinTA AbaDi..

think...


deep inside...think iDa...

luv ISlam


hatiku milikMu...

Bicara ttg TUDUHAN...


kehidupan ini adalah satu percaturan yang telah ditetapkan, diri ini adalah milikNYA...selama mana kita masih lagi menghirup udara yang percuma ini, selamalah itu hidup kita untuk YANG MAHA ESA...
Jalani setiap setiap hari yang penuh mencabar....kekadang aku tersungkur,terjatuh...aku menangis...aku mengeluh pasrah...ampunku YA ALLAH...hambaMU kerdil ini sentiasa tersilap langkah...bimbinglah daku YA ALLAH menjadi setabah Aisyah R.A. Ummul Mukminin...bila difitnah..hah mungkin tak mampu tercapai..cukuplah menjadi ikutan...
Dalam surah AN NUR ayat ke 11 ada diceritakan tentang kebohongan terhadap 'AISYAH R.A...
Berita kebohongan ini mengenai isteri Rasulullah SAW,'Aisyah R.A. Ummul Mukminin,setelah perang dengan Bani Mustaliq pada bulan Sya'aban 5H.Peperanagn itu diikuti kaum munafik dan turut pula Aisyah R.A dengan Nabi SAW,berdasarkan undian yang diadakan di antara isteri-isteri beliau.Dalam perjalanan kembali dari peperangan, mereka berhenti pada satu tempat.'Aisyah R.A keluar dari sekudupnya untuk satu keperluan,kemudian kembali.Tiba-tiba merasa kalungnya hilang, lalu dia pergi lagi mencarinya.
Se
mentara itu, rombongan berangkat dengan persangkaan bahawa 'Aisyah R.A masih ada dalam sekudup.Setelah 'Aisyah R.A mengetahui sekudupnya sudah berangkat, dia duduk di tempatnya dan mengharapkan sekudup itu akan kembali menjemputnya.Kebetulan, lewat di tempat itu seorang sahabat Nabi,Safwan Bin Mu'attal.Ia menemukan seorang yang sedang tidur bersendirian.Safwan pun terkejut seraya berucap "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un,isteri Rasul!"
.'Aisyah terbangun.Lalu dia dipersilakan oleh Safwan mengendarai untanya.Safwan berjalan menuntun unta sampai mereka tiba di Madinah.Orang-orang yang melihat meraka membicarakannya menurut pendapat masing-masing.Mulailah timbul desas-desus.Kemudian kaum munafik membesar-besarkannya, maka fitnah atas 'Aisyah R.A itu pun bertambah luas, sehingga menimbulkan keguncangan di kalangan kaum muslimin........
namun insan yang baik selalu dipeliharanya..turunlah ayat ke 26 dalam surah AN NUR menyatakan kesucian 'Aisyah dan Safwan dalam tuduhan yang ditujukan kepada meraka...Rasulullah adalah orang yang paling baik,maka perempuan yang baik pula yang menjadi isteri beliau...rujukan tafsir al-quran.

Pengajarannya...keyakinan pada Allah tempat berserah segala kerana DIA yang mengetahui antara yang batil..walaupun segala fitnah dilemparkan..

Friday, February 12, 2010

sujud..


"Certainly the believers have succeeded, those who offer salat with devotion."

Watch Out!

Ukurlah sendiri...


Pernah dengar kan iklan Garnier..!ukurlah sendiri..jom kita ukur same2..how far our arrogant?sombongkah kita?kekadang kita sombongkan..kita tak sedar dengan perbuatan kita..termasuk diriku..kita lupe TUHAN itu THE CREATOR tanpa mengamalkan bersyukur..syukurkan kita masih lagi bernafas..syukur jugak pagi tadi sempat gosok gigi dgn air..kalau tak de air macam maner?, syukurkan pagi tadi telan sarapan lancar jer..hahh kalau tercekik macam maner?...syukur gak dapat tatap wajah IBU tersayang..ibu pergi.tiada gantinya..walaupun diberi sepuluh orang ibupun, takkan sama dgn ibu yang melahirkan kita..syukur jugak masih lagi aku dapat bercakap melalui phone,lepas rindu kat ibu..kalau tak keluar suara macam maner kan?..syukur jugak pagi tadi bagun untuk solat, kaki ku dapat bergerak..kalau kejang macam maner?...syukur jugak sempat aku sujud padaMU..oleh itu ucapkanlah ALHAMDULILLAH...harga ape2 yang kita ada seadanya..

thinking about our creator never end....

Can u read this my Dear frenz…

How sure are you can life forever, can breathe for next morning…can you aspect you can do anything that your dreaming last night, when sunrise the other cheerful day..it maybe cloudy..it maybe rainy day..How sure are you… it not to late again? hurt, pain ... but time always changing..our age getting increase right? Don’t you think? It got age to decrease..sure we all still young and healthy enough..but no body can changes the fate.. how sure are you got time to step forward? How sure are you when your step not falls

Saturday, February 6, 2010

Muhammad in Black – Islamic Wallpaper

Muhammad in Black – Islamic Wallpaper

keindahan

Keindahan

Usaha terancang Zionis untuk roboh al-Aqsa


MENGIKUT sejarah, Masjid al-Aqsa bermaksud 'Masjid Paling Jauh', terletak di Baitulmaqdis atau 'Jerusalem' bagi orang Yahudi.

Masjid itu terbina di kawasan Haram al-Sharif atau ‘Temple Mount’ yang juga dituntut Yahudi kononnya menempatkan kuil yang pernah dibina di Baitulmaqdis.
Tidak jauh dari Masjidil Aqsa ialah Kubah Batu atau ‘Qubbat As-Sakhrah’ yang asalnya batu besar tempat Nabi Muhammad berdiri naik ke langit ketika peristiwa Israk Mikraj.

‘Qubbat As-Sakhrah’ yang kini dipanggil Masjid Kubah Batu juga dikenali sebagai Masjid Umar, tempat Saidina Umar al-Khatab bersolat ketika tiba di Baitulmaqdis.

Masjid al-Aqsa adalah tempat suci kepada umat Islam, begitu juga dengan ‘Qubbat As-Sakhrah’ dan kawasan sekitarnya kerana terletak dalam Haram al-Sharif. Keseluruhan kawasan ini dimaksudkan sebagai Masjidil Aqsa, bukannya al-Aqsa saja kerana al-Aqsa dibina selepas penaklukan Baitulmaqdis oleh tentera Islam. Nama masjid itu diambil sempena nama Masjidil Aqsa dalam al-Quran.
Masjid al-Aqsa ialah tanah suci ketiga selepas Makkah dan Madinah. Umat Islam percaya Nabi Muhammad SAW dibawa dari kota suci Makkah ke al-Aqsa pada malam Israk Mikraj. Masjid terbesar di Baitulmaqdis itu boleh memuatkan kira-kira 5,000 jemaah di dalam dan kawasan sekitarnya.

Ia pernah menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum dipindahkan ke Baitullah al-Haram di Makkah dan menjadi masjid yang kedua dibina selepas Kaabah. Jarak masa pembinaan antara Kaabah dan al-Aqsa ialah 40 tahun.

Masjid itu pada awalnya sebuah rumah ibadat kecil dibina oleh Khalifah kedua Islam, Umar al-Khattab di kawasan seluas 25 hektar pada 638 Masihi (M), namun dibina semula dan diperluaskan oleh Khalifah Abdul Malik ibni Marwan dan disiapkan anak lelakinya Al Walid ibni Abdul Malik pada 705M.

Gempa bumi pada 746M memusnahkannya sebelum dibina semula oleh Khalifah Abbasiyah, Al-Mansur pada 754M dan diteruskan penggantinya, al-Mahdi pada 780M. Satu lagi gempa memusnahkan sebahagian besar al-Aqsa pada 1,033M, namun dua tahun kemudian Khalifah Ali az-Zahir membinanya semula yang kekal sehingga hari ini.
Ketika tempoh pengubahsuaian dijalankan, pelbagai dinasti pemerintahan Khalifah Islam membina ruang tambahan selain kubah, bahagian hadapan, mimbar, menara dan struktur dalaman.

Apabila Tentera Salib menawan Baitulmaqdis pada 1,099M, mereka menggunakan masjid itu sebagai istana dan gereja, namun fungsinya sebagai masjid dikembalikan selepas ia dirampas panglima Islam, Sallahuddin al-Ayyubi. Kini kota lama itu berada di bawah kawalan Israel, namun Masjid al-Aqsa ditadbir wakaf Islam Pihak Berkuasa Palestin.

Laporan terbaru menyatakan, Masjid al-Aqsa terancam dan boleh roboh kerana kegiatan menggali oleh Pihak Berkuasa Antikuiti Israel. Kerja penggalian itu berlaku sejak sepanjang 1970-an lagi. Pada masa itu, Israel memperhebat penggalian di bahagian bawah masjid termasuk di selatan dan baratnya.

Pada 1977, penggalian itu diteruskan dan sebuah terowong besar dibuka di bawah kawasan solat wanita. Satu terowong baru digali pula di bawah masjid, dari timur ke barat pada 1979. Sebagai tambahan, Jabatan Arkeologi Kementerian Hal Ehwal Agama Israel menggali sebuah terowong berhampiran bahagian barat masjid pada 1984.

Ketika memulakan projek penggalian terbabit, Israel mendakwa mereka mencari tempat ibadat Nabi Sulaiman. Mereka gagal menemui lokasinya, sebaliknya menemui terowong Raja Jehoiachin (Raja Baitulmaqdis).

Israel mendakwa, penggalian itu satu kejayaan kerana menemui runtuhan terowong Raja Jehoiachin, yang tidak berkaitan langsung dengan tempat ibadat Nabi Sulaiman. Terowong itu tidak dianggap penting dari segi agama tetapi sejarah. Pintu masuk terowong kemudian ditutup dan pada hari ini ia dibuka semula tanpa sebarang justifikasi.

Kepentingan berhubung isu penggalian terbabit ke atas umat Islam tidak perlu dijelaskan. Mereka umumnya bimbang Masjid al-Aqsa dan asasnya akan rosak dek kerja penggalian itu.

Malah, apakah manfaatnya penggalian itu kepada penduduk Yahudi tidak difahami kerana hakikatnya tiada kepentingan langsung dari segi agama.

Pada Februari 2007, jabatan arkeologi terbabit mula menggali di lokasi bagi membina semula laluan jalan kaki yang runtuh. Tapak itu terletak 60 meter dari Masjid al-Aqsa, mencetuskan kemarahan umat Islam dan Israel dituduh cuba memusnahkan asas masjid.

Pemimpin Hamas, Ismail Haniya menggesa rakyat Palestin bersatu bagi membantah penggalian itu, sementara pemimpin Fatah mengancam menamatkan gencatan senjata dengan Israel.

Dalam laporan Pusat Media Antarabangsa Asia Barat (IMEMC) Februari 2008, sekumpulan pembuat dasar Hamas yang ditahan Israel menggesa rakyat Palestin menyekat rancangan baru Yahudi menggali terowong baru di bawah Masjid al-Aqsa.

Pembuat dasar Palestin yang ditahan di penjara Ayalon itu, percaya apa yang berlaku adalah satu lagi cubaan Israel untuk menghapuskan sejarah Arab dan Palestin di Baitulmaqdis.

Mereka menggesa dunia Arab dan Islam membantu mereka melindungi Baitulmaqdis dan kawasan suci Islam. Mereka juga berkata, perpecahan di kalangan penduduk Palestin menggalakkan Israel melakukan sesuka hati di Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa.

Akhbar Haaretz pada 31 Januari 2008 mengesahkan laporan bahawa Israel mengambil keputusan memulakan penggalian sebuah terowong baru di kawasan yang disebut.

Pada Ogos 2008, sumber Israel melaporkan, Menteri Luar Jordan, Salah Bashir, bertemu duta Israel di Jordan untuk membantah penggalian berhampiran Masjid al-Aqsa. Jordan berkata penggalian itu akan mencetuskan gelombang keganasan baru di Asia Barat dan Baitulmaqdis adalah Garisan Merah bagi semua penduduk Arab dan Islam.

Mohammad Abu Hdeib, ketua jawatankuasa Parlimen Jordan berhubung hal ehwal antarabangsa, menyatakan bahawa Bashir memaklumkan duta Israel bahawa Jordan membantah langkah dijalankan Israel dan menambah bahawa penggalian berhampiran Pagar Mughrabi yang menghala ke Masjid al-Aqsa melanggar perjanjian damai 1994 di antara Jordan dan Israel.

Abu Hdeib berkata, penggalian oleh Israel dan rancangan keseluruhannya mengancam asas Masjid al-Aqsa.

Dalam laporan lain pada November 2009, Yayasan Wakaf dan Warisan al-Aqsa mendedahkan, Israel mula menjalankan kerja penggalian di laluan Al-Sharif, berpuluh meter dari bahagian barat Masjid al-Aqsa, dalam persediaan membina dua terowong dan dua lif bagi menghubungkan antara laluan itu termasuk Al Buraq dan Pagar Mugharabi.

Yayasan itu berkata, tujuan membina terowong dan membina lif ialah ‘membawa penduduk Yahudi ke barat dan pintu Masjid al-Aqsa, terutama di pagar Mugharabi, lokasi pelancong asing dan Yahudi menyerbu masuk Masjid al-Aqsa.” Yayasan menganggapnya projek ‘mengyahudikan’ Masjid al-Aqsa.” Malah, pihaknya mendapati kerja penggalian dijalankan Pihak Berkuasa Antikuiti Israel, termasuk di lorong Al-Sharif.

Yayasan itu mendedahkan dalam satu laporan 3 Mac 2009, hasrat Israel dan sayap eksekutifnya menggali dua terowong baru, satu daripadanya sepanjang 56 meter dan satu lagi 22 meter bagi menghubungkan lorong Al-Sharif Palestin di Kota Lama ke Baitulmaqdis. Kawasan yang dimaksudkan terletak di dalam sempadan Kota Lama seluas lebih 133 meter persegi yang diduduki Israel pada 1967.

Ia juga mendedahkan keinginan Israel memasang lif elektrik dalam terowong menegak dan koridor elektrik di terowong memanjang. Lokasi dua terowong itu menjadi titik pertemuan beberapa tapak arkeologi, bagi Israel membangunkan satu sejarah ilusi Yahudi.

Ia menjelaskan bahawa projek mengyahudikan itu menelan belanja 10 juta shekel (RM8.35 juta) dan akan dilaksanakan dengan kerjasama antara perbandaran jajahan Baitulmaqdis, syarikat pembangunan dan pemuliharaan penempatan Yahudi, Pihak Berkuasa Monumen dan Institut Insurans Nasional. Projek itu akan dibiayai menerusi sumbangan Baruch Klein, seorang ahli perniagaan Israel-Amerika Syarikat.

Penggalian terowong itu sampai ke kemuncaknya apabila yayasan terbabit mendedahkan penggalian skala besar dijalankan Israel di kawasan bersambungan ke dinding selatan Masjid al-Aqsa, juga dikenali sebagai Istana Umayyad.

Sesetengah kerja penggalian dikatakan dilakukan pada waktu malam terutama dalam tangki air terletak di kawasan menghala ke kawasan bawah tanah masjid berkenaan. Yayasan memberi amaran mengenai risiko dan kesan penggalian itu ke atas masjid suci umat Islam selain ‘usaha segera mengyahudikan’ kawasan itu oleh kerana ia bersambung ke dewan solat Marwani di dalam masjid.

Kawasan penggalian berselerak dilakukan di kawasan barat daya berhampiran tapak yang mengelilingi kawasan asal masjid, yang digelar ruangan Al-Khanthaniyya, dan di kawasan tengah serta timur ke barat.

Yayasan memberi amaran bahawa penggalian itu bertujuan melemahkan struktur asas Masjid al-Aqsa kerana pada masa lalu, kerja penggalian sama menyebabkan rekahan dan retakan di bahagian selatan dinding masjid, sekali gus berisiko merobohkan mercu tanda umat Islam.

Amaran itu sekali lagi dinyatakan Ketua Hakim Pihak Berkuasa Palestin (PPA), Sheikh Tayseer Tamimi kepada IMEMC yang bimbang Masjid al-Aqsa, yang kini terjejas akibat rekahan dan retakan pada dindingnya, memberi tanda akan roboh pada bila-bila masa, akibat penggalian skala besar dilakukan Israel di bawahnya.

Ia berikutan kakitangan Pihak Berkuasa Antikuiti Israel yang bekerja pada waktu malam membawa keluar berpuluh-puluh beg berisi batu dari kawasan selatan masjid.

“Israel perlu bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau runtuhan yang berlaku di Masjid al-Aqsa dan kawasan sekitar yang membabitkan kawasan penganut Kristian,” kata Tayseer yang dipetik agensi berita Maan.

Ulasannya berikutan runtuhan kawasan penduduk di Silwan, timur Baitulmaqdis pada 11 Januari lalu, meninggalkan lubang sedalam 12 meter persegi di tengah jalan Wadi Hilwah.

Pada masa sama, beliau merujuk peningkatan kehadiran pelampau Yahudi, selain pencerobohan tentera di al-Aqsa, dan terbaru kemasukan 50 pelajar daripada pelbagai jabatan arkeologi universiti Israel untuk menjalankan penyelidikan dan pendatang Yahudi ketika wanita Islam bersolat.

Jawad Siyam, Ketua Pusat Penerangan Wad Hilwa memberitahu agensi Maan bahawa runtuhan baru itu sedalam 10 meter, dan terletak hanya beberapa meter dari satu lagi runtuhan minggu lalu akibat kerja penggalian berterusan Israel.

Juga air hujan mula membanjiri Al Ein, kawasan masjid berhampiran di mana penggalian bertumpu.

Pusat Hak Sosial dan Ekonomi Baitulmaqdis (JCSER) melaporkan kejadian Isnin lalu hanya satu daripada beberapa siri runtuhan sama yang berlaku pada 2009. Runtuhan terbaru berlaku di sebuah sekolah tempatan untuk perempuan, di mana 17 pelajarnya cedera.

JCSER mengakui penggalian Israel itu menyebabkan kerosakan struktur kepada beberapa premis di kawasan itu terutama di masjid Al Ein.

Pusat itu juga memberi amaran beberapa siri runtuhan bakal berulang di Silwan dan Kota Lama ketika Israel menjalankan kerja mengorek bagi membina satu rangkaian terowong di kawasan itu. Penggalian itu sudah sedia menyebabkan kerosakan struktur ke atas berpuluh bangunan di kawasan terbabit.

Memetik kata-kata pengarah Wakaf Palestin Adnan Husseini pada 2002; “Pihak berkuasa Israel perlu bertanggungjawab ke atas kehilangan nyawa akibat runtuhan dinding masjid.”

Adakah umat Islam di seluruh dunia hanya mampu melihat Masjid al-Aqsa runtuh begitu saja? Atau mampukah kita melihat Masjid al-Aqsa diyahudikan? Inikah petanda akhir zaman? Itulah antara persoalannya.

Berita harian,27/01/2010