news@Khalilah Asma

i'm just writing what i like...share what i know...hope just not hurt any heart...

Thursday, August 19, 2010

Hampas tebu tapis udara tercemar

Tebu atau nama saintifiknya Saccharum officinarum adalah tanaman utama yang digunakan untuk menghasilkan gula. Dalam proses membuat gula, hasil sampingan (buangan) yang terhasil dipanggil sugarcane dregs atau hampas tebu.

Bahan buangan ini tergolong dalam kelas karbon yang diaktifkan.

Karbon ini mempunyai liang mikro yang berupaya menyerap gas dari bahan bakar petroleum (petrol fuel gases) yang dihasilkan daripada kenderaan bermotor yang berbahaya kepada orang ramai.

Hampas tebu yang tidak mempunyai nilai komersial dimasukkan ke dalam botol air mineral yang diguna semula dan gas yang mengandungi bahan pencemar disalurkan ke dalam botol tersebut.

Objektif kajian ini adalah untuk mengukur keberkesanan hampas tebu dalam menyerap partikel pencemaran dari udara.

Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa karbon yang diaktifkan dalam hampas tebu mampu menurunkan jumlah karbon monoksida dalam udara sebanyak 74.51 peratus , nitrus oksida sebanyak 29.35 peratus dan hidrokarbon yang tidak terbakar sebanyak 58.07 peratus

Keputusan ini menunjukkan bahawa bahan buangan dari proses pembuatan gula boleh digunakan dalam usaha mengurangkan pencemaran udara.
utusan malaysia,16/08/2010

Bakteria pelindung perut

KETIDAKSEIMBANGAN probiotik di dalam badan mungkin boleh mengundang gangguan kesihatan dalam hidup seseorang. Probiotik merupakan mikroorganisma hidup atau bakteria baik yang membawa kebaikan kepada perumahnya jika diambil pada kadar yang berpatutan.Ia juga bertindak membantu melaraskan proses pencernaan manusia dengan lebih baik.Pakar Nutrisi Manusia dan Kesihatan dari Kanada, Dr. Thomas Tompkins, berkata, setiap aktiviti yang dilakukan pada hari ini membawa kesan kepada bakteria baik di dalam badan.“Sebagai contoh, amalan diet dan gaya hidup tidak sihat, air minuman berklorin, pencemaran, tekanan, penggunaan antibiotik dan sebagainya boleh mengakibatkan kerosakan saluran gastrousus.“Ia merupakan tempat yang paling berbahaya dan kotor di dalam badan disebabkan semua makanan, toksin dan bakteria usus berkumpul di sini,” katanya selepas memperkenalkan produk makanan tambahan probiotik PROBYO keluaran Elken Sdn. Bhd. baru-baru ini.Ujar Tompkins, saluran gastrousus yang tidak sihat boleh mengakibatkan gangguan pencernaan seperti gastroenteritis, penyakit keradangan usus, ulser peptik, kanser gastrousus dan lain-lain lagi.Pengambilan probiotik dalam diet harian melalui makanan tambahan dapat mengembalikan keseimbangan bakteria baik dalam saluran gastrousus sekali gus membantu mencegah penyakit kronik.“Salah satu elemen penting dalam probiotik baik ialah kandungan bakteria baik perlu mencukupi dari segi kuantitinya.“Antara ciri lain adalah ia mampu bertahan kepada persekitaran berasid yang tinggi dalam perut supaya ia dapat sampai ke usus,” katanya.Tambah Tompkins, perjalanan makanan tambahan probiotik adalah panjang dan perlu mempunyai ketahanan suhu panas dalam proses pengangkutan serta penyimpanan.Katanya, jika ia tidak mempunyai ciri tersebut, kebanyakan bakteria baik itu akan mati atau tidak aktif apabila diambil oleh manusia.
Dalam pada itu, produk makanan tambahan probiotik PROBYO berbeza dengan produk lain kerana ia mempunyai salutan lipid pelindung untuk melindungi enam bilion bakteria yang terdiri daripada lima jenis bakteria yang berbeza-beza.“Teknologi yang digunakan juga dapat dilindungi daripada haba, jus gastrik dan lembapan persekitaran bagi memastikan probiotik dapat sampai dengan selamat ke mikroflora usus.“Bakteria baik ini dapat bertindak sebagai pengawal melindungi saluran gastrousus sekali gus memastikan mendapat faedah yang diingini oleh badan,” katanya.
kosmo,19 ogos 2010