news@Khalilah Asma

i'm just writing what i like...share what i know...hope just not hurt any heart...

Saturday, July 24, 2010

A Beautiful Hadith


Pernah dengar tak kisah ini?..marilah sama-sama kita baca untuk peringatan bermasa..ramai dah tahukan....
enjoy reading ya..

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud
and the chest of the deceased.
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.
Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai
ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu.
Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan
berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan,di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:
'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.
Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) berkata:
'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

May Allah bestow this favour on all of us.

kawan saya bg email ni..Ckin..tq ye...

PERBEZAAN SEMUT DGN MANUSIA

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".
Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".
Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa". Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.

Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".

Jawab Imam Suffian:" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil: " ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN" .

Thursday, July 22, 2010

Maafkan aku..ibu…

Ibu..
Andai aku melukai mu..
Maafkan aku…
Andai aku terkasar denganMu..
Maafkan aku..
Ibu..
Andai aku degil..
Maafkan aku…
Ibu..
Aku pernah salah faham terhadapMu…
Ibu..
Maafkan aku…
Ibu..
Aku pernah mengingkari kata-kataMu..
Maafkan aku..
Ibu..
Aku pernah berkasar denganMu..
Aku pernah gagal …
Ibu…
Maafkan aku…
Ibu…
Aku teramat manyayangiMu..
Ibu..
Aku merinduiMu..
Ibu…
Aku ingin melihat engkau bahagia…
Sebelum ibu memejamkan mata…
Cita-cita aku membahagiakan Mu..
Disamping menjadi hamba Allah yang baik..
Ibu…
Aku terlalu mengkagumi mu dalam diam….
Ibu..
Engkau seorang yang sabar….
Ibu….
Maafkan aku..
MenyusahkanMu..
MembebaniMu…
Ibu…
Restui Aku…
Moga hidupku diberkati..
Ibu…
Ibu…
Moga engkau bersama orang-orang
Yang masuk ke syurga…
Ibu..
Aku teramat menyayagiMu….
Terima kasih Ibu…

Aku dan aku lagi....

Tidak perlu aku kesali segala takdir hidup ini…
Walau perit, ku tempuh jua
Walau jatuh, aku bangkit lagi….
Walau tinggi, ku daki jua…
Aku tersungkur…terhumban perit..pedih…
Aku gembira….
Dalam suka..dalam duka..
Aku gembira aku mampu tersenyum..
Aku mampu belajar…
Aku mampu makan dengan kenyang…
Aku gembira…walaupun tidak berduit…
Tidak berharta…
Aku gembira melihat orang lain gembira…
Aku susah…
Aku bertahan..
Aku kuat…
Aku tabah…
Aku mampu bertahan…
Aku lalui jua hidup ini…
Aku merungut….
Aku mengata…
Aku mengeluh….
Aku lalai…
Aku leka…
Aku cuba..
Aku gagal..
Aku berusaha..
Aku berjaya
Aku bertawakal
Aku berjanji
Aku mungkir..
Aku tepati
Aku jujur
Aku redha
Aku tenang
Aku gelisah
Aku kalut
Aku resah
Aku berdosa
Aku marah
Aku bersalah
Aku gopoh
Aku kecundang
Aku ceria
Aku suka…
Aku insaf…
Aku sedar…
Aku ulang kembali..
Aku pohon keampuan…
Itulah manusia terlalu lemah…
Namun aku tetap terus berdoa…
Kerana doa itu senjata mukmin..

Sunday, July 4, 2010

Melakar Cinta Di Pintu Syurga

Album : Kompilasi Lirik Terbaik Ito Lara
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com


Berdirinya aku di daerah zulumat
Mengutip titis doa di malam rahmat
Bersama renai kasih yang menguyur
Ingin melakar cinta di syurga

Sesungguhnya cinta yang ku galas dulu
Hanya cinta semusim wangi sekejap
Harumnya takkan sampai ke penghujung
Indah mekarnya hanya di kuntum

Sedangkn taman-Mu amat indah
Tiap penghuninya dikurniai rahmat
Datang berbekal amalan
Tanpa sepalit noda

Setelah kian lama mengatur jejak langkah
Makin fasih mentafsir liku hidup
Diri terlepas bebas dan leka tanpa batas
Bagai menabur benih sang hilalang

Bendang-terbendang hampar padinya
Dimusnahi bena
Aku yang terpedaya

Hijrahkan aku dengan hati putih
Kembali berpaut pada akal budi
Pasrah bersujud dibawah naungan
Langit kesedaran

Moga terlakar cintaku dipintu syurga


katanya syurga itu amat indah...aku suka dengar lagu ni..kekadang sayu jer...aku terpikir mampu kah insan sekerdil aku untuk menggapai syurgamu YA RABBI...bak kata pepatah jauh panggang dari api...namun kita hidup ini untuk mencari redhaMu Ya TUHAN...
katanya semua orang hendak masuk syurga..kanak-kanak kecik pun pandai bertutur..bercakap-cakap tentang syurga...nikmat..aman ..damai..aduhh..sungguh semua orang nak....namun...jalanNYA tidak semudah untuk mendapat sesuatu yng amet berharga menuntut seribu pengorbanan...mana mungkin sesuatu yang nikmat diperolehi dengan senang?betul tak?takde nikmat lagi kalau boleh dapat macam kita pergi pasar jer..tapi pergi pasar pun susah gak...mane nak dapat buah durian kalau bukan musimnya...carilah seluruh pasar kat daerah kita pun belum tentu jumpa kan...betullah yang dibuat oleh YA RABBI tu sudah tersurat ...membawa makna tersirat...kesimpulanNya just follow the rule...come back to the basic..aii cakap senang...aku sendiri nak buat pun belum termampu...tapi kn bermotivasi ke arah itu...aku pun nak masuk syurga..!!!