news@Khalilah Asma

i'm just writing what i like...share what i know...hope just not hurt any heart...

Sunday, July 3, 2011

Bukit Tujuh..

Lebarkan syukur pada Ilahi, panjang sujudnya pada sejadah usang itu…semalam 3 Julai 2011 bersamaan dengan 1 Sa’aban, seorang sahabatku dan rakannya telah terlibat dalam kemalangan jalan raya pada pukul 4.45 pagi di Jalan Bukit Tujuh. Luahannya, seperti hendak mati katanya…setelah bertukar pemandu pada jam 3.00pagi, dia mula memelapkan mata..tetapi tiba-tiba kejadian itu berlaku..kereta berpusing-pusing dan melanggar divider jalan, habis remuk depan dan belakang kereta, Alhamdulillah syukur pintu kereta masih lagi boleh dibuka dan membuatkan mereka keluar daripada kenderaan itu. Bertemankan lampu handset di waktu gelap-gelita di kawasan bukit itu..syukurnya tiadak henti, jika tidak mempunyai divider, sudah pasti ke gaunglah jawabnya..alhamdulillah masih ada curahan rahmat dari langit Tuhan. Mereka berdua masih hidup. Lebarkan ruang dada dan nafasmu dengan meratib zikir, supaya takafurmu menyelami serkup rahmatNYA, melalui peristiwa ini jiwaku dan sahabatku makin menebal keyakinan memahami takrif kun fa yakun Tuhan. Ya…bila kun fa yahkun..jadilah..Bondanya yang tercinta berpesan, “Usahlah pulang ke kampung waktu malam, bahaya”. Namun anak muda, memang begitu lagaknya, hendak pulang dengan segera. Hakikatnya di sini, walaupun apapun yang berlaku…kun fa yakun..pengajaran buat kita dan Allah Maha Mengasihi.