news@Khalilah Asma

i'm just writing what i like...share what i know...hope just not hurt any heart...

Wednesday, August 17, 2011

PERSOALAN tentang hingus di bulan puasa..

Soalan
bagaimanakah dalam bulan puasa,hukum bagi telan air liur,saya melihat
ramai yang meludah di bulan puasa,dlam solat dikatakan tidak boleh telan
air luir,jadi jika di bulan puasa,bagaimana keadaan seorang yang mempunyai
penyakit dimana bila membaca surah,air liur memenuhi rongga mulut,nak
telan, puasa,dan nak ludah pula,dalam solat....saya sendiri alami penyakit
ini...
dan tidak wajar ditelan. Akan tetapi bagi mereka yang telan lendir
tersebut, Tertelan air liur adalah tidak batal puasa, jika tertelan air
liur yang bercampur denga air kumuran juga tidak batal puasa kecuali
disengajakan.
Tidak batal solat seseorang sekiranya beliau menelan air liur

Jawapan
Assalamualaikum,
Jumhur fuqaha' berpendapat tidak batal puasa menelan air liur (saliva).
Air ludah termasuk dalam sesuatu yang amat sukar dihindari seperti juga
dengan debu jalanan, debunga dan serbuk tepung. Madzhab Syafi'iy
berpendapat batal puasa jika menelan kembali air liur yang telah keluar
dan berada di antara dua bibir, begitu juga batal puasa menelan kahak dan
hingus di atas alasan ahak dan hingus termasuk sesuatu yang boleh
dihindarkan. Hukum menelan Lendir selsema atau hingus semasa berpuasa
adalah sama sahaja dengan hukum menelan air liur. Jika seseorang itu telan
air liur atau atau hingus (mucus) tidaklah membatalkan puasa. Apa yang
dinasihatkan oleh ulama ialah agar lendir atau hingus tadi dikeluarkan.
Jika seseorang itu berada didalam masjid, bolehlah diludahkan kepada
kertas tissue. - [Al-Lajnah al-Daa'imah Lil-Buhuth wa Al-Ifta', 1/270]
Sheikh Utsaimin mensifatkan lendir hingus ini sebagai sesuatu yang kotor,

Rujukan:
http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/31394

No comments: